Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah telah menganjurkan Pertandingan Boling Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah pada 28 Ogos 2025 bertempat di Aman Bowl, Aman Central. Pertandingan tersebut telah melibatkan 61 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Penasihat Undang-Undang. Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Saifulrijal bin Azhari, Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah. Hadiah dan cenderahati telah diberikan kepada tiga kumpulan terbaik, Kumpulan paling havoc, peserta paling humble dan pemain terbaik lelaki dan wanita. Pertandingan ini diadakan bagi tujuan mengeratkan silaturahim antara pegawai dan kakitangan Pejabat serta meningkatkan daya saing di kalangan pegawai dan kakitangan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah.