YBhg. Dato’ Masri bin Mohd Daud, Ketua Bahagian Pendakwaan bersama YBrs. Tuan Syed Faisal bin Syed Amir, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II berkesempatan menyantuni para Pegawai dan Kakitangan Unit Pendakwaan, Pejabat Penasihat Undang Undang Negeri Pahang.
Kehadiran beliau disambut oleh YBrs. Tuan Shahrizat bin Ismail, Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang serta para pegawai dan Kakitangan Unit Pendakwaan Negeri Pahang.
Lawatan tersebut dimulakan di Pejabat Kecil TPR Daerah Bentong, Pejabat TPR Daerah Temerloh, Pejabat Kecil TPR Daerah Maran dan Pejabat Pendakwaan Negeri Pahang di Kuantan.
Ketika sesi Lawatan ini, YBhg. Dato’ Masri bin Mohd Daud selain membuat naziran berkaitan Kertas Siasatan, YBhg. Dato' KBP juga telah meneliti sebarang isu berkaitan Sistem E-Daftar Kertas Siasatan. YBhg. Dato’ turut meluangkan masa meninjau persekitaran pejabat bagi menilai tahap keselesaan dan keperluan fasiliti yang menyumbang kepada suasana kerja yang kondusif.
Lawatan Naziran juga meninjau cadangan Projek Pejabat baharu TPR Daerah Temerloh.