Mesyuarat Bahagian Pendakwaan Antara Ibu Pejabat, Negeri dan Agensi Bil 1/2025 dan Mesyuarat Statistik Bahagian Pendakwaan Antara Ibu Pejabat, Negeri & Agensi Bil 1/2025 di Holiday Inn Johor Bahru City Centre. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Masri bin Mohd Daud, Ketua Bahagian Pendakwaan, dan dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi di Bahagian Pendakwaan, Ketua- ketua Unit di Bahagian Pendakwaan, semua Pengarah Pendakwaan Negeri, Pengarah Perundangan dan Pendakwaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Pengarah Bahagian Undang-Undang Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia. Turut hadir ialah wakil agensi di bawah seliaan Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara iaitu Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Air Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk memperkukuh koordinasi antara Bahagian Pendakwaan, Negeri dan Agensi dan dijadikan platform perbincangan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan. Selain itu, mesyuarat juga berfungsi sebagai medium penyelarasan tindakan dan penambahbaikan proses kerja bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Bahagian Pendakwaan berada pada tahap yang terbaik dan optimum.