Jawatankuasa Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan EKSA Kendiri Jabatan Peguam Negara (AGC) Tahun 2025 pada 25 April 2025 bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Kadir Yusof, Aras 3, AGC. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Azizi bin Wahab, Pengarah Bahagian Pengurusan.
Bengkel ini diadakan bertujuan mengukuhkan kefahaman, meningkatkan kompetensi serta menyelaras amalan terbaik EKSA dalam pelaksanaan Penilaian Kendiri yang melibatkan wakil daripada Ibu Pejabat AGC, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri (PPUUN) dan AGC Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (AGCWPKL).
Bengkel ini telah dimulakan dengan Sesi Penyampaian Sijil Kecemerlangan kepada para pemenang Pertandingan Anugerah EKSA AGC Tahun 2025 yang terbahagi kepada lima (5) kategori iaitu Bilik Mesyuarat/Bilik Bincang Terbaik; Bilik Fail Terbaik; Bilik Stor/Penyimpanan Terbaik; Bilik Cetak Terbaik; dan Kaunter Terbaik.
Pada slot terakhir bengkel, satu sesi lawatan penanda aras ke Zon 2 Al-Jazari dan Zon 3 Al-Khindi telah diadakan bagi memberikan gambaran dan pendedahan berkaitan kaedah pelaksanaan yang terbaik di AGC.
Bengkel ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh champion EKSA AGC, Puan Halimatun Sa’adiah binti Mohd Mahdee, Peguam Syarie Persekutuan, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang.