Unit Perdagangan Dua Hala dan ASEAN serta Kewangan Antarabangsa, Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa (BHEA), Jabatan Peguam Negara telah menganjurkan Kursus yang bertajuk “A Guide to Understanding Intellectual Property Rights Law in Malaysia from International Trade Perspective” selama dua hari, iaitu pada 22 dan 23 April 2024 bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Kadir Yasin, Aras 3, Jabatan Peguam Negara.
Penganjuran kursus tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam kepada para peserta berkenaan konsep, skop, perundangan serta isu-isu semasa berkaitan dengan Hak Harta Intelek di Malaysia. Kursus ini juga menekankan tanggungjawab dan obligasi Malaysia di peringkat antarabangsa, khususnya dalam konteks perdagangan antarabangsa.
Sesi pembelajaran telah disampaikan oleh pegawai-pegawai berpengalaman dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) iaitu Puan Iylia Hashim, Tuan Mohd Syaufiq Abdul Latif dan Puan Hani Afiqah Mohd Jamal
Kursus ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan dihadiri oleh pegawai-pegawai dari BHEA, pelbagai bahagian di Jabatan Peguam Negara serta wakil dari pejabat Penasihat Undang-Undang kementerian dan agensi berkaitan.