Jabatan Peguam Negara Malaysia, Sarawak berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Dr Mohammad Nazarudin bin Bahari, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam), bersama delegasi Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara dua agensi penting kerajaan dalam usaha memperkasa tadbir urus kesihatan awam dan undang-undang di negeri Sarawak. Perbincangan yang berlangsung penuh mesra dan konstruktif ini membuka ruang sinergi dalam pelbagai aspek, termasuk perkongsian maklumat, sokongan teknikal serta usaha memperkukuh kefahaman terhadap aspek perundangan kesihatan yang semakin mencabar dan dinamik. Semoga jalinan erat ini menjadi asas kukuh kepada kolaborasi berterusan antara AGC Sarawak dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, ke arah perkhidmatan awam yang lebih efisien, berintegriti dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat.