YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar telah melawat ke Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) pada pagi ini. Lawatan tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Suzana Binti Atan, Peguam Cara Negara, YBhg. Dato' Umar Saifuddin bin Jaafar, Peguam Cara Negara II serta delegasi dari Jabatan Peguam Negara.
YBhg. Dato’ Iskandar Ali Bin Dewa, Pengerusi PKCP, bersama-sama kesemua PKCP menyambut delegasi YBhg. Tan Sri dan memberi penerangan mengenai peranan dan fungsi PKCP sebagai suatu platform khusus di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] dalam menyelesaikan pertikaian berhubung cukai pendapatan. Delegasi turut dibawa melawat Mahkamah Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan yang terletak di Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Putrajaya dan meninjau persekitaran Pejabat PKCP.
Pada masa ini, terdapat enam (6) orang Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan terdiri daripada Pegawai Perundangan dan Kehakiman yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk mendengar rayuan pembayar cukai pendapatan yang terkilan dengan taksiran oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN).