Sepanjang bulan Julai 2025, pelbagai aktiviti dan program telah dilaksanakan oleh Jabatan Peguam Negara Cawangan Sabah dalam usaha memperkukuh sistem keadilan jenayah dan mempertingkat kerjasama antara agensi. Antara yang telah berlangsung: 1. Naziran & Mesyuarat Bersama PDRM Puan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah telah mengadakan lawatan kerja ke dua buah Ibu Pejabat Daerah -IPD Labuan dan IPD Penampang. Naziran serta mesyuarat bersama pihak Polis Diraja Malaysia diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan siasatan dan pendakwaan kes jenayah demi memperkemas koordinasi dua hala. 2. Lawatan Tapak & Perbincangan Pembangunan Lawatan tapak ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Keningau turut diadakan bersama pihak Jabatan Kerja Raya bagi membincangkan hal-hal pembangunan pejabat. 3. Penghantaran Aset ke Pejabat TPR Kudat Penyerahan aset dan kelengkapan pejabat telah dilaksanakan bagi melengkapkan operasi Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kudat yang terletak di IPD Kudat. 4. Mesyuarat Pentadbiran dan Statistik Mesyuarat Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Sabah serta Mesyuarat Statistik Bil. 2/2025 telah diadakan sebagai platform perbincangan strategik dan pemantauan prestasi pendakwaan. 5. Kunjungan Hormat oleh Ketua Pengarah JPJ YBhg. Datuk Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan bersama pegawai-pegawai dari JPJ Sabah telah mengadakan kunjungan hormat, membuka ruang kerjasama rentas agensi dalam menangani isu-isu perundangan berkaitan pengangkutan.