Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan berjaya mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga PPUUNM serta rakan-rakan strategik dari pelbagai jabatan dan agensi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga PPUUNM yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini daripada aspek perancangan, penyediaan, sambutan tetamu hinggalah ke kerja-kerja pembersihan. Setiap usaha mencerminkan komitmen, semangat berpasukan dan profesionalisme tinggi yang menjadi kebanggaan Pejabat ini. Majlis ini bukan sahaja menggamit suasana Hari Raya, malah menjadi wadah penyatuan yang mengukuhkan lagi hubungan kerja dan kekeluargaan dalam organisasi kita. Semoga segala usaha yang dicurahkan dikurniakan keberkatan dan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT. Terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada semua. Teruskan kecemerlangan buat warga PPUUNM.