Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang (“BSPUU”) telah menganjurkan Kursus Prosiding Hakam: Penyelesaian Konflik “Gantung Tak Bertali” bertempat di Noble Resort Hotel, Melaka pada 28 hingga 29 Ogos 2025. Seramai 27 orang peserta terdiri daripada Pegawai-Pegawai BSPUU, Penasihat Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Peguam Kanan Persekutuan JAKIM dan Penolong Penasihat Undang-Undang (Syariah) Negeri-Negeri telah menghadiri kursus ini bagi menambah pengetahuan dan pemahaman para peserta berhubung prosiding hakam di Malaysia serta mengenal pasti dan merungkai isu dan masalah berkenaan dengan prosiding hakam di Mahkamah Syariah.