Seramai 38 orang pelajar jurusan undang-undang bersama seorang pegawai pengiring telah mengadakan lawatan ke Jabatan Peguam Negara bagi melihat sendiri peranan dan fungsi AGC sebagai institusi perundangan rasmi kerajaan. Para pelajar dibawa mengunjungi Perpustakaan Abu Yusuf Yaqub Al-Khindi bagi melihat sendiri koleksi buku-buku perundangan dan juga diberi taklimat mengenai amalan perpustakaan AGC oleh Puan Siti Kamariah binti Haji Salleh. Sesi taklimat dan perkongsian pengalaman telah disampaikan oleh Peguam Kanan Persekutuan, YBrs. Tuan Muhammad Firdaus Zariza Abd Aziz.