Majlis Bacaan Surah Yaasin dan Tazkirah Bulanan anjuran bersama Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang (BSPUU) serta Jawatankuasa Surau Ali bin Abu Talib telah berlangsung dengan jayanya hari ini. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato' Suzana binti Atan, Peguam Cara Negara, YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua BSPUU serta Ketua-Ketua Bahagian, pegawai-pegawai dan kakitangan AGC. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin secara berjemaah yang dipimpin oleh Tuan Che Abdullah bin Che Hassan daripada BSPUU, diikuti dengan doa selamat khusus buat warga AGC. Seterusnya, majlis disajikan dengan tazkirah bertajuk “Palestin Berdarah: Hati Kita Di Mana?” yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Aizam bin Mas'od, yang menyentuh tentang penderitaan rakyat Palestin dan peranan umat Islam dalam mendepani isu ini. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah. Semoga hadirin dan hadirat yang hadir mendapat manfaat dari perkongsian tazkirah tersebut.