Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025, Pejabat Penasihat Undang - Undang Negeri, Negeri Sembilan (PPUUNNS) telah diadakan dengan kerjasama Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan, PPUUNNS bertempat di Melewar Space Event, Jalan Pantai - Seremban.
Majlis ini berjalan dengan penuh kemeriahan dan telah dihadiri oleh Tetamu - Tetamu Kehormat seperti berikut:
1. Dato' Masri bin Mohd Daud, Ketua Bahagian Pendakwaan;
2. YAB. Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan;
3. YBhg. Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan:
4. YDH. DCP Dato' Ahmad Dzaffir bin Mohd Yussof, Ketua Polis Negeri Sembilan; dan
5. YBrs. Tuan Darmafikri bin Abu Adam, Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan.
Majlis ini turut dihadiri oleh YA. Puan Ku Hayati binti Ku Haron, Pengarah Pendakwaan Negeri, Negeri Sembilan, Ketua - Ketua Jabatan Pentadbiran Negeri, Negeri Sembilan, pegawai dan kakitangan, PPUUNNS yang turut membawa ahli keluarga masing - masing dalam merapatkan ukhwah dan silaturahim di antara satu sama yang lain. Kemeriahan majlis turut diserikan dengan pemberian duit raya sumbangan kelab yang telah disampaikan oleh YB. Dato' Muzalmah binti Mustapha Kamal.