Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara telah menganjurkan Course on Construction Contract bertempat di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya dari 6 – 7 Mei 2025. Kursus ini disertai oleh 70 orang Pegawai Undang-Undang daripada Bahagian Penasihat dan yang ditempatkan di kementerian/jabatan/agensi. Kursus ini merupakan inisiatif Bahagian Penasihat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Pegawai Undang-Undang mengenai kontrak pembinaan, tatacara perolehan yang terpakai, isu-isu yang berbangkit serta prosedur timbang tara. Penceramah yang dijemput terdiri daripada pegawai-pegawai yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam mengendalikan kontrak pembinaan. Bahagian ini berharap ilmu yang dikongsi sepanjang Kursus ini dapat dijadikan panduan serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Pegawai Undang-Undang di Bahagian Penasihat dan di kementerian/jabatan/agensi masing-masing.