Majlis Bacaan Surah Yaasin, Santunan Duyufurrahman dan Tazkirah Bulanan anjuran bersama Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang (BSPUU) serta Jawatankuasa Surau Ali bin Abu Talib telah berlangsung dengan jayanya hari ini. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato’ Suzana binti Atan, Peguam Cara Negara, YBhg. Dato’ Umar Saifuddin bin Jaafar, Peguam Cara Negara II, YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua BSPUU serta Ketua-Ketua Bahagian, pegawai-pegawai dan kakitangan AGC. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin secara berjemaah yang dipimpin oleh Tuan Zainor Rashid bin Hassin dari BSPUU. Seterusnya, majlis diserikan dengan tazkirah bertajuk “Ibrah Kisah Nabi Yusuf a.s dan Keagungan Al-Quran” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nadzri bin Mustakim, Penolong Pengarah Kanan, Unit Sosial & Komuniti, Masjid Negara Malaysia. Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada bakal Duyufurrahman daripada warga AGC yang terpilih mengerjakan ibadah haji tahun ini. Semoga mereka dikurniakan kesihatan, kemudahan dan memperoleh haji yang mabrur.