Unit Guaman Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor menerima kunjungan Pasukan Naziran dari Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara. Naziran yang berlangsung selama dua hari tersebut diketuai oleh YBrs Tuan Haji Mohammad Al-Saifi bin Haji Hashim, Timbalan Ketua Bahagian Guaman II beserta Tuan Rahazlan Affandi bin Abdul Rahim, Ketua Seksyen Rayuan dan Puan Norzaliza binti Tesmin, Peguam Kanan Persekutuan, Unit Timbangtara & ADR Jabatan Peguam Negara.
Pada hari pertama YB Datuk Aziz bin Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor telah berbesar hati meraikan kunjungan tersebut. Pasukan Naziran telah diberikan kerjasama sepenuhnya oleh seluruh Unit Guaman sepanjang sesi naziran berlangsung. Puan Zahilah binti Muhammad Yusoff, Pengarah Guaman Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kerana Pasukan Naziran sudi hadir menjalankan naziran di Unit Guaman Johor walaupun dalam kekangan tugas rasmi yang lain. Penemuan naziran diterima secara terbuka dan tindakan penambahbaikan berterusan serta cadangan penambahbaikan akan dilaksanakan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan Jabatan.