Majlis Bacaan Surah Yaasin dan Tazkirah Bulanan anjuran bersama Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang (BSPUU) serta Jawatankuasa Surau Ali bin Abu Talib telah berlangsung dengan jayanya hari ini.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato’ Suzana binti Atan, Peguam Cara Negara, YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua BSPUU serta Ketua-Ketua Bahagian, pegawai-pegawai dan kakitangan AGC.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin secara berjemaah yang dipimpin oleh Tuan Akmaluddin bin Ilyas daripada BSPUU.
Seterusnya, majlis diserikan dengan tazkirah bertajuk “Pendakwaan Syariah: Cabaran dan Isu ” yang disampaikan oleh Tuan Mawardi bin Che Man, Peguam Kanan Syarie Persekutuan dari BSPUU.
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah. Semoga hadirin dan hadirat yang hadir mendapat manfaat dari perkongsian tazkirah tersebut.