Lawatan tapak bagi permulaan kerja-kerja pengubahsuaian ini telah dihadiri oleh YB. Dato’ Muzalmah binti Mustapha Kamal, Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan, YA. Puan Ku Hayati binti Ku Haron, Pengarah Pendakwaan Negeri, Negeri Sembilan dan Puan Hafizah binti Zainul Hashimi, Timbalan Pendakwa Raya. Lawatan ini turut disertai oleh wakil daripada Jabatan Kerja Raya Daerah Jempol iaitu Raja Norehan binti Raja Musa, Penolong Jurutera dan Encik Mohammad Taufiq bin Alias, Penolong Jurutera serta Encik Abdul Razak bin Md Yasak yang merupakan Penyelia Tapak daripada Kontraktor Utama. Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Jempol merupakan pejabat terbaharu yang sedang dalam kerja-kerja pengubahsuaian dan dijangka akan disiapkan pada awal bulan Oktober 2025. Pejabat baharu ini akan menggantikan Rumah Sebagai Pejabat (RSP) Bahau yang telah disewa sejak tahun 2013.