Satu Mesyuarat Penyelarasan dan Lawatan Tapak bagi program Sekolah Angkat MADANI telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Long Gafar, Kubang Kerian, Kota Bharu. Mesyuarat ini melibatkan kehadiran empat (4) pegawai dari Jabatan Peguam Negara, dua (2) wakil Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, serta pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, PPD Kota Bharu dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Long Gafar.
Pembentangan projek dan cadangan dari pelbagai aspek telah diadakan. Penyaluran peruntukan sebanyak RM100 ribu bagi Program Sekolah Angkat MADANI AGC ini akan diserahkan kepada JPN Kelantan untuk memudahkan proses kerja yang dipersetujui untuk dijalankan projek ini.
Sesi lawatan tapak diadakan selepas mesyuarat selesai untuk memberi gambaran sebenar keadaan sekolah dan membolehkan penilaian langsung terhadap keperluan yang perlu diutamakan. Mesyuarat turut membincangkan dan memperincikan keperluan sekolah dan skop pelaksanaannya.
Program Sekolah Angkat MADANI bertujuan menyalurkan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah yang memerlukan, khususnya sekolah dengan fasiliti daif seperti tandas rosak, bangunan uzur, dan kekurangan kemudahan asas. Inisiatif ini juga memfokuskan kepada usaha pemulihan dan penambahbaikan prasarana sekolah secara menyeluruh.