Majlis Bacaan Surah Yaasin dan Tazkirah Bulanan anjuran bersama Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang (BSPUU) serta Jawatankuasa Surau Ali bin Abu Talib telah berlangsung dengan jayanya hari ini. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua BSPUU serta pegawai-pegawai dan kakitangan AGC. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin secara berjemaah yang dipimpin oleh Tuan Che Abdullah bin Che Hassan daripada BSPUU, diikuti dengan doa selamat khusus buat warga AGC. Seterusnya, majlis diserikan dengan tazkirah bertajuk “Kerukunan Berumah Tangga: Hayati Ciri Mengekalkannya” yang disampaikan oleh Yang Arif Dr. Zainal Abidin bin Kusmin, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah. Semoga hadirin dan hadirat yang hadir mendapat manfaat dari perkongsian tazkirah tersebut.