Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang (“BSPUU”) telah mengadakan Mesyuarat Penyeliaan BSPUU bersama dengan Penasihat Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“PUU JAKIM”), Peguam Kanan Persekutuan JAKIM (“PKP JAKIM) dan Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri (Syariah) (“ALAS”) Bil. 2/2025. Mesyuarat ini dijalankan secara berkala selaras dengan Arahan Peguam Negara Bil. 1 Tahun 2018 yang memperuntukkan berkenaan fungsi BSPUU adalah antara lain untuk melaksanakan penyeliaan dan pemantauan ke atas PUU JAKIM, PKP JAKIM, dan ALAS. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua BSPUU, YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie.