Bahagian Pengurusan (BPEN), Jabatan Peguam Negara telah berjaya menganjurkan Kursus Pembangunan Jati Diri Pegawai Awam Tahun 2025 yang melibatkan penyertaan seramai 55 orang pegawai dari lima (5) Seksyen utama BPEN:
i) Seksyen Pengurusan Sumber Manusia;
ii) Seksyen Pentadbiran, Aset dan Kualiti;
iii) Seksyen Kewangan dan Perolehan;
iv) Seksyen Teknologi Maklumat; dan
v) Seksyen Pusat Sumber.
Kursus selama tiga hari dua malam ini bertujuan untuk:
- Memperkasakan semangat kerja berpasukan dalam mendepani cabaran tugasan organisasi;
- Mewujudkan interaksi positif dan kolaboratif dalam kalangan warga kerja;
- Mengeratkan hubungan silaturahim ke arah pasukan yang sinergi dan harmoni;
- Menanam nilai integriti, akauntabiliti dan disiplin kendiri;
- Membangunkan kemahiran insaniah (soft skills) seperti kepimpinan, komunikasi dan penyelesaian masalah;
- Meningkatkan kesedaran terhadap peranan penjawat awam dalam menyokong dasar organisasi; dan
- Memupuk budaya kerja yang proaktif, inovatif dan berorientasikan prestasi tinggi.
Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Azizi bin Wahab, Pengarah Bahagian Pengurusan, dan turut dihadiri oleh Puan Wan Rafidah binti Awg Isa, Timbalan Pengarah BPEN (SSM) selaku Ketua Penyelaras Kursus serta semua Timbalan Pengarah Seksyen di bawah BPEN.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan. Semoga kursus ini menjadi pemangkin kepada pembentukan pasukan kerja BPEN, AGC yang lebih cemerlang, profesional dan berintegriti!