Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menghantar dua (2) pasukan (satu (1) pasukan bola sepak (AGC FC) dan satu (1) pasukan bola tampar) ke Kejohanan Sukan Integrasi Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (“MAKSWIP”) 2024 pada 29 November hingga 1 Disember 2024 di Perlis.
Skuad AGC terdiri daripada 27 orang. AGC FC telah diketuai oleh Tuan Mohd Izham bin Ali manakala pasukan bola tampar AGC telah diketuai oleh Encik Wan Muhammad Nur Hazwan bin Wan Ibrahim.
Penyertaan Skuad AGC ke MAKSWIP 2024 telah mendapat sokongan padu daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Ketibaan Skuad AGC juga telah diraikan dengan majlis ramah mesra bersama Yang Berhormat Dato' Nik Azhan Hakim bin Nik Mahmood, Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Yang Berhormat Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, Yang Berbahagia Dato' Khairul Anuar bin Abdul Halim, Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah dan Yang Berusaha Tuan Muhamad Asyraf bin Md Kamal, Pengarah Pendakwaan Negeri Perlis.
AGC FC menamatkan perjuangan di MAKSWIP 2024 tanpa rekod kekalahan tetapi tersingkir di peringkat kumpulan kerana terikat dari segi mata dan jaringan dan dibezakan dengan kutipan kad kuning (fair play). Keputusan penuh AGC FC seperti yang berikut:
1. AGC FC (0) VS JPA A (0)
2. AGC FC (2) VS ICU WILAYAH (0)
3. AGC FC (0) VS KDN FC (0)
4. AGC FC (4) VS KESUPEN FC (0)
5. AGC FC (1) VS KESUMA (1)