Pada 2 – 4 Julai 2025, Bahagian Syariah & Pengharmonian Undang - Undang, Jabatan Peguam Negara (“BSPUU”) telah menghadiri Bengkel Sighah Fatwa anjuran Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan yang diadakan selama tiga (3) hari bertempat di Hotel Hatten, Melaka. YBhg. Dato’ Anas Bin Ahmad Zakie, Ketua BSPUU pada sesi pembukaan telah memberikan penerangan berkenaan proses penyemakan dan penggubalan sighah fatwa yang telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz Bin Ali@Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan. Bengkel diteruskan dengan sesi perbincangan dan penelitian terhadap beberapa sighah fatwa yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan. Turut hadir ke bengkel tersebut ialah Puan Zuriyati binti Mohd Noor, Ketua Unit Pengharmonian dan Penyelarasan Undang – Undang, BSPUU bersama tiga (3) orang pegawai.