PERLEMBAGAAN KELAB - NAMA DAN ALAMAT |
1. Nama Dan Alamat |
1.1 | Kelab ini hendaklah dikenali dengan nama KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI, JABATAN PEGUAM NEGARA, PUTRAJAYA dan selepas ini disebut sebagai “Kelab” dalam Perlembagaan. | |
1.2 | Tempat urusan Kelab ialah Jabatan Peguam Negara, Aras 2, Blok C3, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan. | |
1.3 | Tempat urusan berdaftar Kelab tidak boleh diubah tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan. |







































