Attorney General's Chambers

  • increase font size
  • Default font size
  • decrease font size
  • red color
  • default color
  • green color
  • lilac color
  • turquoise color
Bahasa Malaysia
AGC Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan

Laporan Status & Keputusan Kes-Kes Terkini

Emel Cetak
Jabatan Peguam Negara
 
 
Disediakan oleh : Aimi Syazwani binti Sarmin
Diluluskan oleh : MOHD AZARI B HARUN

CORUM : PN NORSHARIDAH AWANG
TPR AIMI SYAZWANI & SITI NOORBAYA
P/BELA : EN. AFFIFUDDIN AFIFI
 
DALAM MAHKAMAH SESYEN KLANG
DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
KES TANGKAP NO. SA3-62-203-2010
 
PENDAKWA RAYA
LAWAN
OKT 1 : LEE CHEW EAN (NO. K/P : 530105-07-5358)
OKT 2 : LIM HUE IM (NO. K/P : 610502-10-5434)
 
HUJAHAN PIHAK PENDAKWAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN
 
(A) PENDAHULUAN
 
1.      OKT1 dan OKT2 (OKT-OKT) telah dituduh dengan pertuduhan seperti dibawah :
 
Pertuduhan
“Bahawa kamu bersama-sama pada 24/5/2008 jam lebih kurang 1830hrs di No 97 Jalan Beringin 1, Taman Banting, di dalam daerah Kuala Langat, di dalam Negeri Selangor, telah memperdagangkan seorang bayi perempuan yang berumur 1 hari yang kini dikenali sebagai Tan Jes Lyn dan pemegang surat beranak bernombor CA 74705 bagi maksud ekploitasi dan dengan demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Anti Pemerdangan Orang 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.”
 
2.      Pihak Pendakwaan telah memanggil 8 orang saksi untuk membuktikan pertuduhan terhadap OKT-OKT.  Mereka adalah :
 
·        SP1- ASP Saheela Bt Abu Bakar (Pengadu)
·        SP2- Fong Ai Lin (Ibu Angkat/Pembeli)
·        SP3- Noorsyadawati Bt Abd Rahim (Jururawat Masyarakat)
·        SP4- Tan Lian Heng (Bapa Angkat/ Pembeli)
·        SP5- Nurul Diana Bt Abd Razak (Pembantu Pendaftaran, JPN, Klang)
·        SP6- Azimah Bt Ahmad (Pen. Pendaftaran Kanan, JPN, Klang)
·        SP7- Nur Haliza Bt Hasaan (Ahli Kimia, Jab. Kamia Malaysia)
·        SP8- ASP Erny Yusnida Bt Che Yusof (Peg. Penyiasat kes)
 
(B) BEBAN PEMBUKTIAN UNDANG-UNDANG
1.      Adalah dihujahkan bahawa beban pembuktian yang harus diguna pakai di akhir pendakwaan adalah beban prima facie setelah pindaan dibuat pada Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Menurut Seksyen 180 KTJ, pihak pendakwaan perlu membuktikan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Begitu juga didalam Seksyen 173 (h) (i) KTJ. Peruntukan tersebut menyatakan bahawa apabila kes pendakwaan berakhir, mahkamah akan menimbangkan samada pendakwaan telah membuat suatu prima facie kes terhadap tertuduh.
 
2.      Maksud perkataan prima facie tidak ditakrifkan di dalam KTJ. Pengujian kes secara prima facie telah diputuskan di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Balachandran vs PP (2005) 2 MLJ 302 di m/s 316 di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa:
 
The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any of such there can be no prima facie. As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyong reasonable doubt”
 
3.      Begitu juga di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 1 CLJ 734 di muka surat 736 dan 737 dinyatakan sebagai:
 
“ A judge sitting alone must subject the prosecution evidence to the maximum evaluation and ask himself the question” If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contain in the prosecution case? If the answer was in the negative, then no prima facie case had been made out and the accused would be entitled to an acquittal…”
 
4.      Berdasarkan kepada kes-kes di atas, jelas, prima facie bermaksud penilaian kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan hendaklah dilakukan secara maksimum.
 
5.      Berdasarkan kepada prinsip di atas, adalah dihujahkan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes di tahap prima facie sepertimana yang diperuntukan oleh undang-undang. Pembuktiannya telahpun dilakukan melalui hujahan-hujahan seperti di bawah.
 
(C) KEPERLUAN UNDANG-UNDANG DI BAWAH SEKSYEN 14 AKTA   ANTIMEMPERDAGANGAN ORANG 2007 (ATIP)
1.      Seksyen 14 ATIP memperuntukkan bahawa :
“Mana-mana orang, yang memperdagangkan orang yang merupakan kanak-kanak, bagi maksud ekploitasi, melakukan suatu kesalahan dan hendaklan, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun, dan boleh juga didenda.”
 
2.      Bagi kesalahan memperdagangan kanak-kanak, berikut adalah elemen-elemen yang perlu dipenuhi oleh pendakwaan bagi mensabitkan OKT dengan pertuduhan ini:
 
                                i.            Memperdagangkan orang yang merupakan kanak-kanak;
                             ii.            Pemerdagangan dengan maksud eksploitasi;
                           iii.            OKT-OKT niat bersama-sama seperti di bawah Sek 34 Kanun Keseksaan memperdagangkan kanak-kanak tersebut.
 
 (D) PENILAIAN KETERANGAN BERDASARKAN ELEMEN-ELEMEN
1.      Bagi membuktikan OKT-OKT adalah orang yang telah melakukan jenayah pemerdagangan orang yang merupakan kanak-kanak, pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan ibu bapa angkat kanak-kanak tersebut yang mana keterangan-keterangan tersebut mengikut keterangan lisan dan keterangan keadaan yang kukuh, “strong circumstantial eveidence” dan keterangan – keterangan saksi-saksi lain yang telah dipanggil memberi keterangan.
                    i.            Memperdagangkan orang yang merupakan kanak-kanak
 
·        Merujuk kepada proviso di Seksyen 2 Akta Antimemperdagangan Orang 2007 (ATIP) yang menafsirkan perkataan memperdagangkan orang sebagai “perekrutan, pengangkutan, pemindahan, perlindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi”.
 
·        Manakala “kanak-kanak” dalam proviso Sesyen 2 ATIP tersebut ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun.
 
·        Keterangan adalah jelas bahawa kanak-kanak tersebut ialah Tan Jes Lyn diambil oleh SP2 di rumah OKT1 di No 97 Jalan Beringin 1, Taman Banting sehari selepas dilahirkan maka, sememangnya kanak-kanak yang diperdagangkan dalam kes ini di bawah umur 18 tahun.
 
                 ii.            Perdagangan kanak-kanak tersebut dengan tujuan eksploitasi;
 
·        Merujuk kepada Merujuk kepada proviso di Seksyen 2 ATIP yang menafsirkan perkataan eksploitasi sebagai “termasuklah segala bentuk eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian, apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia”.
 
·        Ekspoitasi seringkali ditafsirkan semata-mata berkaitan dengan eksploitasi seks, pekerjaan seperti buruh paksa, perhambaan, pemindahan organ manusia dan penderaan. Namun, seringkali ekspolitasi dari bentuk sesuatu yang menyalahi undang-undang tidak di teliti.
 
·        Ini adalah kerana bagi kes ini pemerdagangan kanak-kanak bagi tujuan ekspoitasi adalah bermaksud pemerdagangan bagi tujuan apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang.
 
·        Isu yang timbul di sini adakah aktiviti pemerdagangan kanak-kanak ini merupakan aktiviti yang menyalahi undang-undang? Adalah dihujahkan di dalam Seksyen 48(1) Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan :
“Mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam apa-apa transaksi yang tujuannya atau salah satu daripada tujuannya ialah untuk memindahkan atau memberikan, keseluruhannya atau sebahagiannya, buat sementara atau tetap, milikan, jagaan atau kawalan seorang kanak-kanak bagi apa-apa balasan berharga melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”
 
·        Relevan Seksyen juga boleh dirujuk kepada peruntukan di bawah seksyen 5 (1) ATIP yang memperuntukkan;
“Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pemerdagangan orang.”
 
·        Merujuk kepada seksyen di atas menunjukkan bahawa undang-undang lain adalah menjadi tambahan bagi kes ini yang mana Seksyen 48(1) Akta Kanak-Kanak 2001 adalah berkaitan.
 
·        Dalam kes ini, terdapat keterangan bahawa kanak-kanak tersebut telah diberikan atau dipindahkan kepada bawah jagaan seseorang iaitu kepada SP2 dan SP4 dan adanya balasan iaitu wang sebanyak RM24,000.00 telah diserahkan kepada OKT-OKT bagi penyerahan bayi tersebut yang mana pada mulanya RM1,000.00 diberikan terlebih dahulu pada OKT1 selepas mengambil bayi dan seterusnya sejumlah RM23,000.00 diserahkan kepada OKT2.
 
·        Maka adalah dihujahkan bahawa pemerdagangan kanak-kanak ini bermaksud pemerdagangan bagi tujuan yang menyalahi undang-undang di bawah seksyen 48(1) Akta Kanak-kanak tersebut.
 
               iii.            OKT-OKT niat bersama-sama seperti di bawah Sek 34 Kanun Keseksaan memperdagangkan kanak-kanak tersebut.
 
·        Dalam kes ini, kedua-dua Tertuduh mempunyai niat bersama-sama untuk memperdagangkan kanak-kanak tersebut.
 
·        Ini dapat dilihat dengan penglibatan OKT-OKT walaupun tidak secara menyeluruh namun melengkapi proses pemerdagangan kanak-kanak tersebut.
 
·        Jelas, OKT2 merupakan orang yang memperkenalkan kanak-kanak tersebut pada SP2. SP2 telah mengambil kanak-kanak di rumah OKT1 di mana OKT2 telah menjemputnya ke rumah tersebut. OKT1 berada di rumah semasa SP2 melihat bayi tersebut. OKT1 telah bawa SP2 ke sebuah blik di rumah itu untuk melihat kanak-kanak tersebut
 
·        Selain itu, OKT2 telah menyerahkan borang LM01 kepada SP4 di mana telah diisi dengan maklumat tempat kelahiran serta orang yang menyambut kanak-kanak tersebut. Malah, semasa di Jabatan Pendaftaran Negara, Klang, OKT2 juga turut bersama-sama ada semasa pendaftaran kelahiran kanak-kanak tersebut.
 
·        Jelas, walaupun adakalanya dalam keterangan menyatakan hanya seorang OKT sahaja yang berperanan pada waktu tersebut, namun jika dilihat keseluruhan cerita kes ini, OKT1 dan OKT2 dilihat bersama-sama berperanan dalam pemerdagangan kanak-kanak tersebut.
 
·        Di dalam kes Ong Chee Hoe & Anor v Public Prosecutor [1994] 4 SLR 688, Mahkamah Rayuan telah menyatakan bahawa:
“although there was no conclusive evidence as to who was the actual doer of the offence, the nature and severity of the fatal injuries inflicted gave rise to the natural inference that whoever had inflicted the fatal blows had no doubt intended to cause then and they were not a result of some accident. In any case, the effect of invoking S34 made it unnecessary to determine who exactly was the actual doer.
In order for an accused person to be liable under S34, it had to be shown that he was physically present when the commission of the offence took place. In addition to physical presence, there also had to be actual participation, whether active or passive…..as for the participation requirement, it was clear from the recent case law that even a passive role in the commission of the act was enough to determine the guilt of the participant.”
 
·        Maka, adalah dihujahkan bahawa OKT-OKT mempunyai niat bersama-sama melakukan kes ini.
 
 (E) HUJAHAN
1.      Adalah dihujahkan bahawa semua elemen-elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan secara prima facie. Ini adalah kerana terdapat keterangan keadaan yang kuat yang menunjukkan bahawa OKT-OKT telah melakukan pemerdagangan kanak-kanak tersebut.
 
2.      Di dalam kes ini terdapat beberapa isu yang harus dibincangkan iaitu :
 
                                i.            Pendaftaran Kanak-kanak :
·        Dihujahkan bahawa walaupun di dalam sijil kelahiran dan borang JPN LM01 menunjukkan kanak-kanak adalah anak kandung SP2 dan SP4 namun keterangan yang ada menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut bukan anak kandung SP2 dan SP4. Ini dapat dibuktikan melalui keterangan lisan daripada SP2 dan SP4 sendiri yang mana tidak pernah melahirkan kanak-kanak tersebut.
 
·        Selain itu, analisa DNA dari Jabatan Kimia Malaysia juga mengesahkan bahawa SP2 dan SP4 bukan “biological father and mother” bagi kanak-kanak, Tan Jes Lyn.
 
·        Seterusnya, keterangan SP3 adalah berkaitan kerana beliau tidak pernah menyambut kelahiran kanak-kanak tersebut yang mana beliau telah pun bertukar kerja di Johor pada masa kejadian. Pegawai Penyiasat kes juga telah semak dengan pejabat rekod yang menyatakan bahawa SP2 sememangnya tidak pernah melahirkan kanak-kanak tersebut.
 
·        Pendaftaran kanak-kanak ini dapat diproses oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara kerana segala dokumen yang diperlukan disertakan dan dokumen-dokumen tidak mempunyai sebarang keraguan.
 
·        Adalah dihujahkan bahawa OKT-OKT telah membantu untuk menguruskan pendaftaran kanak-kanak ini di mana borang JPN LM01 yang telah siap diisi dengan maklumat tempat kelahiran dan penyambut kelahiran. Ini telah disahkan oleh SP4 sendiri yang mana beliau hanya menulis maklumat lain selain daripada maklumat tempat kelahiran dan penyambut kelahiran tersebut.
 
·        Walaupun pihak pembelaan telah cuba untuk menyatakan bahawa OKT1 atau OKT2 tidak terlibat dalam mengisi maklumat tersebut namun, keterangan yang ada menyatakan sebaliknya. Ini adalah kerana OKT2 sendiri yang menyerahkan borang JPN LM01 tersebut pada SP4.
 
·        OKT2 juga telah membawa SP4 ke JPN, Klang di mana di JPN Klang tersebut OKT1 juga ada di sana. OKT2 juga yang telah menghantar SP4 pulang ke rumah selepas urusan di JPN, Klang selesai.
 
·        Maka, adalah jelas menunjukkan bahawa sememangnya OKT-OKT terlibat dalam aktiviti memperdagangkan kanak-kanak, Tan Jes Lyn ini.
 
                             ii.            Bayaran Wang kepada OKT-OKT dan tiada bukti pembayaran :
·        Keterangan menunjukkan bahawa SP2 menyatakan telah membayar sebanyak RM1,000.00 dibayar kepada OKT1 sebagai tanda rasminya mengambil Tan Jes Lyn tersebut. Kemudian, sebanyak RM23,000.00 lagi telah diberikan kepada OKT2.
 
·        Walaupun keterangan SP4 menyatakan terdapat 2 kali bayaran iaitu RM2,000.00 dan kemudian RM22,000.00 namun percanggahan ini bukanlah satu yang material memandangakan OKT-OKT tetap mendapat wang sebagai balasan pemindahan atau pemerdagangan kanak-kanak itu.
 
·        Seterusnya walaupun tiada sebarang bukti pembayaran namun keterangan SP2 bahawa jelas telah membayar sebanyak RM1,000.00 dibayar kepada OKT1 dan sebanyak RM23,000.00 lagi telah diberikan kepada OKT2 bagi mendapatkan kanak-kanak tersebut.
 
·        Keterangan yang diberikan tentang pembayaran telah dibuat telah dikemukakan secara lisan oleh SP2. Keterangan lisan adalah “the best evidence rule” yang mana di dalam seksyen 59 Akta Keterangan menyatakan bahawa segala fakta boleh dibuktikan keterangan lisan. Seksyen 60 Akta yang sama juga adalah berkaitan memandangkan SP2 ini sendiri yang telah melalui segala kejadian ini. Maka keterangan daripada SP2 ini adalah keterangan yang boleh diterima. Malah, keterangan SP2 adalah merupakan keterangan bersumpah.
 
·        Pihak pembelaan ada menimbulkan isu bahawa wang tersebut tidak diterima sendiri oleh OKT-OKT ini. Namun, jelas keterangan SP2 menyatakan bahawa wang RM23,000.00 tersebut telah dibayar kepada OKT2. Walaupun beliau tidak pasti bagaimana penyerahan tersebut namun beliau pasti wang tersebut dibayar kepada OKT2.
 
·        Samada OKT1 ataupun OKT2 yang telah menerima bayaran tersebut bukanlah satu isu yang material memandangakan mereka bersama-sama dalam menjayakan proses memindahkan jagaan Tan Jes Lyn ini kepada SP2 dan SP4.
 
·        Seterusnya, bukti pembayaran seperti cek, resit dan sebagainya adalah tidak perlu untuk dibuktikan kerana ianya hanyalah merupakan keterangan sokongan dan bukanlah intipati dalam pertuduhan ini. Tambahan pula, adalah sangat tidak munasabah bagi satu transaksi penjualan bayi atau kanak-kanak sesuatu resit pembayaran dikeluarkan.
·        Keterangan lisan daripada SP2 ini sendiri adalah mencukupi menunjukkan bayaran telah dijelaskan memandangkan seksyen 134 Akta Keterangan 1950 sendiri menyatakan bahawa tiada bilangan tertentu bagi saksi dikehendaki dalam mana-mana kes untuk membuktikan sesuatu fakta.
 
·        Walaupun ada isu yang timbul bahawa duit yang diberikan adalah untuk keluarga kanak-kanak sebagai upah bersalin atau kos rawatan, namun tiada sebarang keterangan menunjukkan bahawa keluarga kanak-kanak telah menerima wang tersebut. Keterangan yang ada hanyala OKT-OKT yang telah menerima wang tersebut.
 
·        Maka dengan ini jelas menunjukkan bahawa OKT-OKT telah menerima balasan berharga daripada SP2 dan SP4 dengan memindahkan atau memperdagangkan Tan Jes Lyn.
 
 
                           iii.            Pengecaman OKT-OKT dan isu identiti OKT-OKT
·        Dalam kes ini tidak timbul isu mistaken identiti kerana SP2 dan SP4 telah camkan OKt1 dan OKT2 sebagai orang yang terlibat sepanjang waktu dan proses mengambil Tan Jes Lyn ini.
 
·        Dalam kes ini, pengecaman OKT1 dan OKT2 oleh SP2 dan SP4 tidak berdasarkan secara sepintas lalu. Dalam kes ini, kualiti keterangan pengecaman adalah baik dan kekal baik kerana masa dan tempoh komunikasi antara SP2 dan SP4 dengan OKT-OKT ini adalah lama.
 
·        Sepanjang kes pendakwaan ini, satu pengecaman yang berkualiti wujud walaupun tanpa  perbarisan pengecaman. SP2 telah secara positif mengecam OKT-OKT. Ini adalah kerana :
 
Ø OKT2 telah datang ke kedai SP2 untuk membuat facial.
Ø SP2 telah kenal OKT2 3 tahun sebelum ditangkap. Selain itu juga, SP2 ada memberikan wang RM23,000.00 kepada OKT2.
Ø OKT2 juga telah menjemput SP2 untuk ke rumah OKT1 melihat bayi.
Ø Apabila sampai, OKT1 ada di rumah tersebut. OKT1 telah bawa ke bilik nombor 2 dalam rumah tersebut untuk melihat kanak-kanak.
Ø SP2 telah ambil kanak-kanak di rumah OKT1 di mana waktu itu SP2 dapat melihat dengan jelas muka dan tubuh badan OKT1. Mereka juga telah berjumpa dalam satu tempoh yang agak lama dan bukan mdalam keadaan tergesa-gesa.
Ø Tiada keterangan yang menunjukkan bahawa pertemuan di rumah antara SP2 dan OKT1 tersebut berlaku dalam keadaan gelap atau tertutup atau tengah malam dan sebagainya yang boleh menghalang pandangan SP2 terhadap OKT1. Perjumpaan tersebut berlaku pada waktu siang.
Ø Malah, SP2 telah memberikan RM1,000.00 pada OKT1 pada keesokkan harinya selepas setuju untuk mengambil kanak-kanak tersebut.
 
·        Seterusnya, satu pengecaman oleh SP4 yang berkualiti juga wujud walaupun tanpa  perbarisan pengecaman. SP4 telah secara positif mengecam OKT-OKT di mana :
 
Ø OKT2 telah berikan borang JPN LM01 kepada SP4 yang telah siap diisi dengan maklumat tempat kelahiran dan maklumat penyambut kelahiran.
Ø SP4 telah bersama dengan OKT2 untuk ke JPN Klang bagi urusan pendaftaran kanak-kanak dan SP4 juga telah hantar semula OKT2 ke rumahnya di Jenjarom selepas urusan pendaftaran selesai.
Ø Masa yang diambil bagi perjalanan dari rumah OKT2 di Jenjarom ke JPN Klang adalah satu tempoh perjalanan yang agak lama. Ditambah juga dengan tempoh masa urusan di JPN itu sendiri dan tempoh perjalanan pulang ke Jenjarom semula. Tiada sebarang halangan untuk SP4 camkan OKT2 ini memandangakan tempoh beliau bersama OKT2 ini adalah satu tempoh yang agak lama.
Ø SP4 juga dapat camkan OKT di mana OKT1 ada menunggu di JPN, Klang tersebut. Urusan pendaftaran tersebut adalah pada waktu siang yang mana SP4 boleh Nampak OKT1 ini dengan jelas. Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan SP4 tidak camkam OKT1 ini.
Ø SP4 juga bukan camkan OKT1 ini semata-mata beliau ada di kandang salah tersebut.
 
·        Dalam kes Ahmad Najib bin Aris v Public Prosecutor [2009] 2 MLJ 613 mahkamah telah memutuskan bahawa :
“Pihak pendakwaan tidak perlu menjalankan perbarisan pengecaman dalam setiap kes. Di mana isu utama berkenaan dengan identiti tertuduh atau apabila kes terhadap tertuduh bergantung secara keseluruhan atau sebahagian besarnya atas benarnya satu atau lebih pengecaman ke atas tertuduh, yang mana pihak pembelaan mendakwanya adalah satu kesilapan, garis panduan yang dinyatakan di dalam kes Regina v Turnbull & Anor [1977] 1 QB 224 perlu diikuti dan satu perbarisan pengecaman perlu dijalankan. Dalam kes ini, pengecaman perayu oleh saksi-saksi tidak berdasarkan secara sepintas lalu. Terdapat juga keterangan forensik dan sokongan lain yang mengaitkan perayu dengan jenayah. Dalam kes ini, kualiti keterangan pengecaman adalah baik dan kekal baik sepanjang kes pendakwaan. Oleh itu, persoalan kesilapan identiti tidak timbul. Walaupun tanpa  [*619]  perbarisan pengecaman, saksi-saksi pihak pendakwaan telah secara positif mengecam perayu.”
 
·        Maka adalah dihujahkan bahawa dalan kes ini tidak timbul isu ‘identification’ kerana dalam kes ini pengecaman SP2 dan SP4 terhadap OK1 dan OKT2 adalah satu “recognition”.
 
·        Malah, pada setiap kali keterangan diberikan oleh SP2 dan SP4 dapat menceritakan peranan-peranan yang dimainkan oleh kedua-dua OKT ini.
 
·        Namun, sekalipun pengecaman terhadap OKT-OKT ini diragui, namun OKT2 ini sendiri yang telah membawa pihak polis kepada tangkapan SP2 dan SP4 serta Tan Jes Lyn. Sekiranya OKT2 tidak terlibat dalam kes ini bagaimana mereka boleh mebawa pihak polis kepada tangkapan tersebut. 
 
·        Adalah releven di sini untuk merujuk Seksyen 8(2) Akta keterangan 1950 yang menyatakan bahawa :
“(2) The conduct of any party, or of any agent to any party, to any suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the conduct of any person an offence against whom is the subject of any proceeding, is relevant if the conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact, and whether it was previous or subsequent thereto.”
 
·        Seksyen 27 Akta yang sama juga releven di mana ia memperuntukkan :
When any fact is deposed to as discovered in consequence of information received from a person accused of any offence in the custody of a police officer, so much of that information, whether the information amounts to a confession or not,as relates distinctly to the fact thereby discovered may be proved”
 
·        Maka, adalah dihujahkan bahawa tindakan OKT2 yang membawa pihak polis kepada penemuan SP2 dan SP4 serta kanak-kanak Tan Jes Lyn menunjukkan penglibatan OKT tersebut berkaitan kes ini.
 
                           iv.            Isu Tempat Kejadian dan Tarikh Kejadian
·        Kejadian kanak-kanak diperdagangkan adalah seperti di dalam pertuduhan iaitu di No 97 Jalan Beringin 1, Taman Banting, Kuala Langat, Selangor. Walaupun SP2 tidak tahu alamat sebenar rumah semasa beliau mengambil kanak-kanak tersebut, namun SP8 sebagai Pegawai Penyiasat telah jelaskan bahawa bayi diperdagangkan di alamat tersebut.
·        Seterusnya, tarikh kejadian juga tidak dinyatakan jelas oleh SP2 namun SP2 ada kata bahawa kanak-kanak diserahkan sehari selepas dilahirkan. Kanak-kanak dilahirkan pada 23/5/2008 maka pada masa beliau mengambil kanak-kanak tersebut adalah pada 24/5/2008. SP4 dalam keterangannya juga menyatakan bahawa isterinya SP2 telah pergi melihat kanak-kanak dan ambil kanak-kanak di sebuah rumah di Banting pada 24/5/2008. SP8 juga telah sahkan perkara ini.
 
·        Walaupun pembelaan menyatakan bahawa keterangan berkenaan tarikh dari SP8 ini tidak boleh diterima namun pihak pendakwaan berhujah bahawa keterangan SP8 adalah sangat penting kerana beliaulah yang telah menyiasat kes ini. Keterangan beliau adalah sangat penting memandangkan hanya dengan hasil siasatan beliaulah dapat menerangkan keseluruhan cerita kes ini.
 
                              v.            Penglibatan orang lain selain OKT-OKT (Lian Kim Wan, Ang Bee Churn dan Ang Bee Ling)



 

Menu Login




Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini30512
mod_vvisit_counterSemalam36583
mod_vvisit_counterMinggu ini170826
mod_vvisit_counterMinggu lepas253990
mod_vvisit_counterBulan ini806053
mod_vvisit_counterBulan lepas1151974
mod_vvisit_counterSehingga kini31015550

Kemaskini Terakhir

Jumaat, 24 Oktober 2014, 10:07

Polls

Sila beri penilaian Portal Web kami
 

Mobile Web

 Portal AGC
Scan QR code for
Mobile access

Pautan Lain

MyGovernment SPKP EPSA
PEMUDAH JKJR Government Transformation Programme
IIM BPH MyIdeas
MSC

SPR

MyEG

DBP