Attorney General's Chambers

  • increase font size
  • Default font size
  • decrease font size
  • red color
  • default color
  • green color
  • lilac color
  • turquoise color
Bahasa Malaysia
AGC Portal Rakyat Maklumat Kes

Laporan Status & Keputusan Kes-Kes Terkini

Emel Cetak
Jabatan Peguam Negara
 
 
Disediakan oleh : Izazi Muhamedin
Diluluskan oleh : ISHAK B MOHD YUSOFF

 
LAPORAN KEPUTUSAN / PROSIDING BICARA
MAHKAMAH PERSEKUTUAN / MAHKAMAH RAYUAN /
MAHKAMAH TINGGI / SESYEN /MAJISTRET
 
Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur (14)
Kes Tangkap No: 61-25-2009
 
Pendakwa Raya
LAWAN
Rahman bin Selamat
KORAM :
 
Hakim        : Ahmad Zamzani bin
TPR           : Mohd Dusuki Mokhtar, Adilla Ahmad dan Izazi Muhamedin
Peguam    : Ahmad Nizam
 
 
PERTUDUHAN :
PERTUDUHAN
Bahawa kamu pada 9.4.2009 di antara jam 12.30 pagi dan 1 pagi di Pengkalan Haram kertas, kampong Gual Tok Deh, Rantau Panjang, di dalam Jajahan Pasir Mas, dalam Negeri Kelantan Darul Naim telah memperdagangkan MOHD IKBAL BIN MOHD ALI UNHCR:Tiada) yang berumur 29 tahun bagi maksud eksploitasi, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dhukum di abwah seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang 2007.
 
Jika didapati bersalah, kamu boleh disabitkan dengan hukuman penjara selama satu tempoh tidak melebihi lima belas tahun tahun dan boleh juga dikenakan denda.
 
 
TARIKH KEPUTUSAN   : 20 Januari 2012
 
 
KEPUTUSAN MAHKAMAH :
Mahkamah telah melepas dan membebaskan OKT tanpa perlu membela diri pada akhir kes pendakwaan.
 
 
LATAR BELAKANG KES
  1. Fakta kes secara ringkas menunjukkan bahawa pada 8 April 2009, OKT bersama-sama 4 orang pegawai Imigresen Depoh Pekan Nenas iaitu En Zakaria bin Jumaat (SP11), En Zulkarnain bin Abu Talib (SP13), En Nor Izainie bin Md Noridin (SP14) dan En Razmi bin Yusof serta 4 orang pemandu dari Jabatan Imigresen Malaysia telah membawa 72 pendatang asing yang dikatakan dari Myanmar untuk proses pengusiran selepas Perintah Tahan dan Usir dikeluarkan untuk setiap seorang dari pendatang asing tersebut untuk diusir keluar dari Malaysia. Semasa dalam perjalanan, OKT telah menelefon seorang pegawai yang benama Wan Roslan bin Wan Mansor (SP7) yang bertugas di Unit Pencegahan Penyeludupan Rantau Panjang, Kelantan bagi menunjukkan arah ke tempat pengusiran yang telah diuruskan oleh OKT terlebih dahulu. Kesemua 72 orang pendatang asing ini di bawa dengan menaiki 2 buah bas Jabatan Imigresen Malaysia dan diiring kawal oleh 5 orang pegawai Imigresen yang telah mendapat perintah gerakan (ekshibit P9) oleh Ketua Depoh Pekan Nenas untuk membuat pengusiran. Semasa dalam perjalanan, 2 orang daripada pendatang asing tersebut dilepaskan di satu tempat rehat dan rawat (RnR). Baki seramai 70 orang pendatang asing Myanmar telah meneruskan perjalanan dengan diiringkawal oleh 5 orang pegawai Imigresen tersebut. Pada jam lebih kurang 12 tengah malam, 9 April 2009, kedua-dua bas yang membawa pendatang asing Myanmar dan pegawai Imigresen tersebut telah sampai di Pekan Rantau Panjang. OKT telah memaklumkan kepada SP7 dan beliau telah menunggu di tepi jalan besar dan memberikan isyarat apabila nampak bas-bas yang membawa pendatang asing untuk diusir tersebut untuk berhenti. OKT telah berjumpa dengan SP7 dan kemudiannya berjumpa dengan tekong bot yang telah menunggu OKT dan pendatang asing Myanmar yang hendak diusirkan tersebut. OKT dan pegawai-pegawai Imigresen lain telah mengiring kawal pendatang asing Myanmar untuk menaiki bot di pengkalan tersebut dengan kehadiran tekong dari Thailand tersebut. Apabila urusan untuk menaikkan kesemua pendatang asing Myanmar ke dalam bot selesai, OKT telah menyerahkan satu memo periksa keluar untuk SP7 mengesahkan bahawa kesemua penama dalam memo periksa keluar tersebut telah keluar dari Malaysia. OKT dan pegawai Imigesen yang lain kemudiannya beredar dari situ apabila selesai. OKT telah mencadangkan kepada pegawai Imigresen yang ada sama untuk tidur di sebuah hotel di sempadan Thailand. Pada 9 April 2009 jam lebih kurang 2 pagi, kemudiannya mereka menaiki satu bot dan dibawa ke sebuah hotel yang dikenali sebagai Venice Hotel, Sg Golok. Semasa di hotel tersebut, OKT telah menyerahkan RM200 kepada SP11, RM500 kepada dan RM300 kepada SP15. SP14 menerima RM500 dari OKT selepas seminggu balik ke Johor Bahru. Selepas sehari kesemua pegawai Imigresen telah pulang ke Depoh Pekan Nenas.


KETERANGAN KES PENDAKWAAN/FAKTA KES : 
  1. “Trafficking in persons” atau “traffics in persons” seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2 ATIP 2007 bermaksud “recruiting, transporting, transferring, harbouring, providing or receiving of a person for the purpose of exploitation.” Dalam konteks kes ini, perbuatan OKT seawal dari depoh Pekan Nenas sehingga ke tempat kejadian di Pengkalan Haram Kertas, Rantau Panjang telah menunjukkan bahawa wujudnya perbuatan memperdagangkan orang seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2 tersebut.
 
  1. Keterangan telah menunjukkan dengan jelas bahawa OKT telah mengangkut (transport) dan seterusnya memindah (transfer) mangsa-mangsa. Ianya bermula dari depoh Pekan Nenas sehinggalah ke tempat kejadian di mana mangsa-mangsa dibawa dengan bas dan diturunkan di tempat kejadian. Dari situ, mereka diarahkan oleh OKT untuk masuk ke dalam bot dan kemudiannya dibawa ke seberang Thailand. Kedua-dua mangsa iaitu M1 dan M2 telah jatuh ke tangan sindiket pemerdagangan orang dan telah dieksploitasi.
 
  1. Dalam hal ini, adalah perlu terlebih dahulu keterangan oleh M1 dan M2 di dalam kes ini diteliti di mana adalah menjadi hujah kami bahawa ianya menunjukkan mereka telah diperdagangkan oleh OKT. Keterangan kedua-dua mangsa ini telah dirakam selaras dengan peruntukan seksyen 52(1) ATIP 2007 dan telah dikemukakan di Mahkamah ini sebagai ekshibit P1.
 
  1. Di dalam keterangan M1, beliau menyatakan bahawa beliau telah ditangkap di Kota Tinggi Johor oleh Jabatan Imigresen dan kemudiannnya dituduh di Mahkamah. Setelah dihukum M1 dimasukkan ke Penjara Kluang. Seterusnya M1 dibawa ke Pekan Nenas sementara menunggu untuk diusir. OKT telah dicamkan oleh M1 sebagai pegawai satu paku yang naik bas pada 8.4.2009. Selain itu OKT juga dicamkan berada di tempat kejadian iaitu semasa M1 dan yang lainnya (termasuk M2) diturunkan dari bas untuk diusir ke Thailand.
 
  1. M1 telah dibawa dengan bot yang dikawal oleh ejen seramai 3-4 orang dan diletakkan di sebuah hutan. Di Thailand, kuli-kuli cakap siapa ada hubungan di Malaysia dan Myanmar dan jika hendak balik Malaysia kena bayar RM2,000. Ejen-ejen ada memegang senjata.
 
  1. M1 ada hubungi M2 dan minta ejen hubungi. M1 berjaya hubungi Makcik iaitu Hairun Nisa (SP2). M1 minta duit dan SP2 beritahu boleh tolong. Ejen beri no akaun dan menyuruh masukkan duit RM500 esok pagi. M1 berasa amat takut dan rasa macam nak mati. Esoknya ejen beritahu duit RM500 telah masuk. Malam tersebut M1 berjalan dalam hutan dan naik kereta diikuti 2 ejen dan 6 orang Myanmar. M1 mengenal pasti salah seorang OKT bernama Mohd. Nazri sebagai orang yang memandu.
 
  1. M1 telah dibawa ke Kuala Lumpur dan beliau telah hubungi Shukor iaitu SP3. Kereta itu berhenti dekat dengan Maybank dan kemudian dari itu SP3 datang dekat kereta dan menyerahkan wang RM1,500 kepada pemandu. Kemudian M1 telah dilepaskan.
 
  1. Keterangan oleh M2 juga telah menunjukkan bahawa beliau juga telah dieksploitasi oleh OKT.
 
  1. Di dalam keterangan M2, beliau menyatakan bahawa beliau telah ditangkap di Lentong, Jalan Masai, Johor oleh pihak Polis dan kemudiannnya dituduh di Mahkamah. Setelah dihukum M1 dimasukkan ke Penjara. Seterusnya M1 dibawa ke Pekan Nenas sementera menunggu untuk diusir. M2 menyatakan bahawa dia naik bas dengan M1. M2 telah hubung makcik iaitu SP2 untuk meminta tolong. OKT telah dicamkan oleh M1 sebagai pegawai satu paku yang dia nampak semasa turun dari bas di tempat kejadian.
 
  1. M2 telah dibawa ke sungai dan dikepung oleh ejen di depan, kiri dan kanan dan di belakang ada Imigresen. Ejen-ejen itu ada bawa senjata. Ejen-ejen juga mengancam untuk tembak sampai mati jika mereka lari. M2 dibawa dengan bot oleh ejen-ejen dan diletakkan di sebuah hutan di Thailand (Golok). Di Thailand, ejen cakap siapa ada hubungan di Malaysia dan Myanmar dan jika hendak balik Malaysia kena bayar RM2,000. Ejen-ejen ada memegang senjata. M1 juga menyatakan dia berada di hutan Thailand 11 atau 12 hari dan hanya diberi sedikit makanan.
 
  1. M2 ada hubungi SP2 melalui ejen dan minta tolong untuk masuk ke Malaysia. SP2 minta supaya ejen tahan dulu dan jangan jual atas kapal dan dia akan cari wang. Dia akan beri RM1,000 dan selebihnya apabila sampai di Malaysia. Ejen beri no akaun dan menyuruh masukkan duit RM1000. Kemudian ejen beritahu duit RM1000 telah masuk. Malam tersebut M2 berjalan dalam hutan bersama 8 orang Myanmar dan seterusnya menaiki sebuah kereta iaitu kereta yang kedua. M2 mengenal pasti seorang OKT bernama Azhar bin Yusof sebagai orang yang memandu kereta itu.
 
  1. M2 telah dibawa ke Kuala Lumpur dan pemandu kereta telah hubungi Shukor iaitu SP3. Kereta itu berhenti dekat dengan Maybank dan kemudian dari itu SP3 datang dekat kereta dan menyerahkan wang RM1,000 kepada pemandu. Kemudian M2 telah dilepaskan.
 
  1. Walaupun M1 dan M2 tidak menyatakan apakah peranan yang dimainkan oleh OKT, namun terdapat beberapa orang lagi saksi pendakwaan yang telah menjelaskan mengenai peranan OKT.
 
  1. Ianya bermula dengan keterangan oleh Wan Roslan bin Wan Mansor (SP7) seorang pegawai Imigresen (UPP) di Rantau Panjang, Kelantan. SP7 menjelaskan telah menerima panggilan telefon sebanyak 2 kali daripada OKT pada 8 April 2009 (iaitu pada jam lebih kurang 9.00 pagi dan 11.00 malam) yang menyatakan akan membuat pengusiran pada malam tersebut. SP7 menyatakan OKT memaklumkan telah menguruskan pengusiran di Pengkalan Kertas, Rantau Panjang dan hanya meminta SP 7 untuk menunjukkan tempat pengusiran kerana mereka berdua saling kenal mengenal dan tempat pengusiran adalah kawasan dalam tanggung jawab risikan SP7. Pengkalan Kertas terletak di tepi Sungai Golok. SP7 seterusnya menjelaskan beliau nampak pendatang asing tanpa izin (PATI) turun dari bas dan dengan di kawal oleh OKT dan 3 anggota Imigresen yang lain iaitu En Zakariah bin Jumaat (SP11), En Razmi (dicamkan melalui gambar P6) dan En Nor Izainie bin Md Noridin (SP14). OKT mengarahkab PATI turun dari bas dan menuju ke Pengkalan (iaitu Pengkalan Kertas).
 
  1. OKT telah mengarahkan PATI untuk berjalan kaki pergi ke Pengkalan Kertas diekori bersama pegawai Imigresen dari belakang. OKT arahkan PATI turun dan eskot dari belakang sehingga ke tebing Pengkalan Kertas. Mereka pergi kawasan Pengkalan Kertas dan menaiki bot yang sedia menunggu di situ. OKT telah mengarahkan PATI untuk naik ke atas bot. OKT kemudiannya menyerahkan memo periksa keluar (ekshibit P7) kepada SP7 untuk ditandatangan sebagai pengesahan bahawa PATI telah keluar dari sempadan Malaysia.
 
  1. Selain itu, Ketua Depoh Imigresen Pekan Nenas iaitu Mohd Jasmi (SP10). SP10 telah menyatakan bahawa tugas OKT di situ adalah sebagai penyelia unit pengusiran. Beliau menjelaskan bahawa sebagai penyelia di unit pengusiran, OKT akan menerima arahan dari Ketua Unit dan kemudian bekerja dengan anggota sokongan untuk memastikan dokumen dan tiket disediakan. Selepas urusan dokumen disediakan, OKT selaku penyelia akan mencadangkan tarikh yang bersesuaian dan juga anggota yang akan membuat tugas iring kawal dan ketua unit hanya untuk tujuan pengesahan sahaja. Selepas itu OKT selaku penyelia juga yang bertanggungjawab menyerahkan PATI kepada pegawai di check point terakhir untuk pengesahan bahawa PATI telah diusir keluar dari Malaysia. Dalam kes ini, OKT yang menentukan bila pengusiran dibuat dan siapa yang terlibat. OKT kena pastikan logistik atau pegawai yang membuat iring kawal disediakan.OKT berperanan dari depoh sehingga pengusiran dibuat. OKT juga yang telah menentukan di mana pengusiran dibuat dan telah meminta tolong SP7 untuk membawanya ke tempat pengusiran. OKT juga telah menyerahkan PATI kepada orang-orang yang membawa bot untuk diusir di Pengkalan Kertas, Rantau Panjang. Satu pengkalan yang dibuat secara haram oleh penyeludup. OKT hanya menyerahkan memo periksa keluar (ekshibit P7) untuk ditandatangan oleh SP7 sebagai pengesahan.
 
  1. Seorang lagi saksi pendakwaan adalah Zakariah bin Jumaat (SP11). SP11 bertugas di bahagian kawalan. SP11 menyatakan seterusnya pada 9 April 2009 jam lebih kurang 12 tengah malam telah tiba di Pengkalan Kertas, Rantau Panjang. Apabila sampai di kawasan tersebut, SP 11 nampak OKT berjumpa dengan SP7. Selepas itu, OKT pergi dekat situ jumpa 3 orang yang saksi rasa orang bot untuk usir. Bila SP11 tanya OKT beliau menjawab bahawa dia orang bot yang akan bawa PATI ke Thailand. Nampak OKT bercakap tapi tak tahu cakap apa. OKT kemudiannya telah mengarahkan kesemua orang pendatang asing untuk dibawa turun dari bas dan mengiringkawal mereka untuk menaiki bot. Semasa dalam perjalanan dari kawasan bas ke bot, seorang pendatang asing telah lari dan sejumlah 69 orang pendatang asing sahaja yang tinggal untuk menaiki bot di tepi Sungai Golok. Selepas selesai pengusiran tersebut kesemua pegawai Imigresen yang terlibat termasuk pemandu pergi ke seberang Thailand untuk bermalam disana selama dua (2) malam. OKT pergi ke kaunter dan dapatkan kunci hotel dan serah kepada SP11. Semasa di hotel tersebut OKT telah menyerahkan RM 200 dengan mengatakan ianya adalah duit rokok.
 
  1. Keterangan SP11 disokong oleh En. Zulkarnain bin Abu Talib (SP13). Melalui surat P10 yang ditandatangani oleh OKT (dan P9), SP13 telah mengikuti arahan tersebut dan melakukan tugas pengusiran. SP13 telah diberikan wang sebanyak RM500 oleh OKT semasa di bilik di Hotel Venice, Golok pada 9.4.2009. SP13 menyatakan sebab OKT bagi dia terima. SP13 tak tahu duit apa.
 
  1. En. Nor Izainie bin Md Nordin (SP14) adalah seorang lagi pegawai Imiresen yang turut serta dalam pengusiran tersebut. Dalam keterangannya, beliau menyatakan bahawa OKT bertugas untuk menyelia kepada pegawai Imigresen yang berada di bawah beliau termasuklah SP14. OKT juga memberikan arahan-arahan untuk penyediaan dokumen dan data-data PATI. SP14 juga menerima P10 yang ditandatangani oleh OKT bagi membebaskan PATI dari pejabat pengusiran untuk tujuan pengusitran pada tahun 2009. Semasa tiba di tempat pengusiran, OKT arahkan yang mana bergari boleh buka gari dan PATI dah boleh turun. OKt bersama iring kawal PATI sehingga ke tempat bangsal. SP14 juga memberitahu bahawa dia menginap di hotel di seberang. Dia bayar kepada OKT sebanyak RM100 sebagai bayaran hotel. Seminggu selepas itu OKT telah memberikan SP14 sebanyak RM500 dan apabila ditanya pasal duit itu, OKT kata simpan ajelah.
 
  1. Seterusnya keterangan dari Mohd Roslee bin Ibrahim (SP15) yang menyatakan bahawa OKT yang ajak tidur di Thailand dan dia ikut sahaja sebab OKT adalah ketua mereka. Sampai di hotel, OKT yang berikan kunci bilik. Esoknya pada 100.4.2009, OKT ada memberikan duit sebanyak RM300 di bilik hotel. SP15 tanya duit apa dan OKT kata ambil je lah. OKT juga telah menyerahkan RM500 kepada SP14 di pejabat seminggu selepas kesemua pegawai Imigresen tersebut pulang dari Rantau Panjang, Kelantan untuk proses pengusiran tersebut dan apabila ditanya duit apa OKT hanya menyuruh SP14 untuk simpan sahaja duit tersebut.
 
 
 
 
HUJAHAN PEGUAMBELA:
1.    Peguambela menghujahkan pendakwaan tidak berjaya membuktikan prima facie kes dengan mengambil kira kes PP v Low Kow Chai.
2.    Peguambela menghujahkan pendakwaan telah gagal membuktikan intipati pertuduhan di bawah seksyen12 ATIPSOM. Dalam kes ini intipati tersebut tidak dijelaskan di dalam pertuduhan dan disebabkan itu pertuduhan ke atas OKT adalah cacat dan buruk di sisi undang-undang. Peguambela menghujahkan tidak pernah dinyatakan di dalam pertuduhhan, ekploitasi yang telah dipertuduhkan kepada OKT. Peguambela merujuk kepada kes PP lwn Siti Rasyidah.
3.    Peguambela menghujahkan pengusiran pintu belakang adalah amalan turun menurun dan bukan eksploitasi.
4.    Peguambela juga mempersoalkan keputusan JPN untuk mendakwa OKT seorang sedangkan rakan-rakan OKT yang lain yang turut terlibat tidak didakwa bersama OKT.
5.    Peguambela menghujahkan tiada siasatan dibuat terhadap identity orang yang diperdagangkan.
6.    Peguambela menghujahkan mangsa-mangsa iaitu M1 dan M2 tidak mempunyai kredibiliti keranan mengatakan orang-orang Thailand memegang senjata sedangkan pegawai-pegawai Imigresen yang lain tidak menyebut langsung tentang senjata.
 
 
ALASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH :
 
1.    Tiada alasan lisan diberikan

 



 

Menu Login




Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini14558
mod_vvisit_counterSemalam37313
mod_vvisit_counterMinggu ini231594
mod_vvisit_counterMinggu lepas253990
mod_vvisit_counterBulan ini866821
mod_vvisit_counterBulan lepas1151974
mod_vvisit_counterSehingga kini31076318

Kemaskini Terakhir

Jumaat, 24 Oktober 2014, 10:07

Polls

Sila beri penilaian Portal Web kami
 

Mobile Web

 Portal AGC
Scan QR code for
Mobile access

Pautan Lain

MyGovernment SPKP EPSA
PEMUDAH JKJR Government Transformation Programme
IIM BPH MyIdeas
MSC

SPR

MyEG

DBP