Attorney General's Chambers

  • increase font size
  • Default font size
  • decrease font size
  • red color
  • default color
  • green color
  • lilac color
  • turquoise color
Bahasa Malaysia
AGC Portal Rakyat Maklumat Kes

Laporan Status & Keputusan Kes-Kes Terkini

Emel Cetak
Jabatan Peguam Negara
 
 
Disediakan oleh : Noor Svetlana bt Datuk Mohd Noor Nordin
Diluluskan oleh : SALIM BIN SOIB @ HAMID

LAPORAN KEPUTUSAN KES MAHKAMAH TINGGI KUANTAN

PERBICARAN  JENAYAH NO : 45A-53-2010

PENDAKWA RAYA

LWN

THAYALAN A/L SUBRAMANIAM

(KPT NO: 870427-10-5813)

 

KORUM :

1. HAKIM : PK YA DATO MARIANA BT YAHYA

2. TPR     : KALMIZAH BINTI SALLEH &

                  NOOR SVETLANA BINTI DATUK MOHD NOOR NORDIN

3. PEGUAM : EN.SUBRAMANIAM NAIR

PERTUDUHAN

“Bahawa kamu Thayalan A/L Subramaniam KPT No: 870427-10-5813, pada 29Ogos 2010 jam lebih kurang 9.45 malam, di hadapan kedai ubat Lian Thai, Lorong Pasar Baru 1, dalam daerah Kuantan, di dalam negeri telah menawar untuk mengedar dadah berbahaya sejumlah berat 74.11 gram (56 gram heroin dan 17.27 gram monoacetylmorphines) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(b) Akta dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.

 

KEPUTUSAN

Pendakwaan telah GAGAL membuktikan kes hingga ke tahap prima facie . Oleh itu, keputusan di akhir kes pendakwaan  OKT dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. 

 

FAKTA KES 

Pada 29/8/10 jam lebih kurang 9.45 malam, 1 pasukan anggota JSJN, IPK Pahang yang diketuai oleh SP4 telah berjaya menangkap OKT yang ketika itu berada dalam eksibit P78 (kereta CBP 4416), di bahagian tempat duduk penumpang hadapan yang dipandu oleh SP6.

Agent Provocateur dalam kes ini, SP6 memulakan tugasannya pada 27/8/10atas arahan SP4 dan seterusnya diperkenalkan kepada ‘pemberi maklumat’ di safe house pada jam lebih kurang 11.00 pagi. Dalam pertemuan itu pemberi maklumat telah menggunakan handphone SP6 untuk bercakap dengan (1)(L) India yang dikatakan berada di K.L untuk diperkenalkan kepada SP6 sebagai ‘potential buyer’ yang berminat membeli dadah jenis heroin.

SP6 seterusnya bercakap dengan (1)(L) India tersebut dan satu proses tawar menawar jual beli dadah telah bermula.

Selanjutnya pada 28/8/10 SP6 telah dihubungi oleh (1)(L) India tersebut dengan menyatakan bahawa ‘barang’ telah ada iaitu (5) pound heroin untuk dihantar ke Kuantan. (L) India tersebut sekali lagi mendesak supaya separuh harga heroin tersebut di bank in ke dalam akaun beliau terlebih dahulu. SP6 mengikut arahan SP4, supaya tidak membuat apa-apa bayaran sebaliknya guna cara bayaran ‘kiri-kanan’ iaitu bayaran tunai dibuat sebaik sahaja barang telah diterima.

Pada 29/8/10 (L) India tersebut menghubungi SP6 lagi dan memberitahu perjalanannya ke Kuantan bersama barang yang telah ada dan pesan kepada SP6 untuk sediakan wang secukupnya.

Bagi tujuan jual beli dadah heroin (5) pound secara ‘kiri-kanan’ ini SP4 telah menyediakan wang sebanyak RM62,500 kepada SP6 untuk menyakinkan sasaran.

Pada 29/8/10 jam lebih kurang 6.30 petang sasaran telah memberitahu SP6 bahawa beliau telah tiba di kawasan Terminal Makmur. SP6 telah maklumkan kepada SP4 dan pada jam lebih kurang 6.45 petang satu taklimat terhadap tugasan semua anggota serbuan yang terbahagi kepada (5) kumpulan. Di masa yang sama SP6 cuba melengah-lengahkan pertemuan dengan sasaran atas alasan berbuka puasa dengan keluarga dahulu.

Akhirnya setelah kesemua anggota serbuan bersedia dan telah ambil kedudukan masing-masing, SP6 telah keluar dari IPK, Pahang pada jam 9.15 malam dengan diekori oleh SP8 (D/Sjn Zulkifli).

SP8 mula mengekori dari pintu gate IPK yang mana eksibit P78 (kereta CBP 4416) melintasinya dengan hanya SP6 dalam kereta yang boleh dilihat dengan jelas kerana tingkap SP6 terbuka kerana SP6 menghisap rokok dan juga ketika sama-sama berhenti di ‘traffic light’.

SP6 kemudian berhenti di hadapan 7-eleven sambil diperhati oleh SP8. Jam lebih kurang 9.30 malam SP8 melihat sasaran bertemu dan bercakap sesuatu di bahagian pintu pemandu dan seterusnya masuk kebahagian penumpang hadapan (sebelah pemandu).

SP8 terus mengekori dan membuat hebahan melalui ‘walkie-talkie’ setiap pergerakan sehinggalah SP6 membelok masuk ke Jalan Lorong pasar Baru 1 dan memberi isyarat ‘belok kanan’ yang merupakan isyarat bahawa ‘barang’ dah ‘confirm’ ada seperti yang diarahkan di dalam taklimat.

Seperti yang dirancang SP8 memintas SP6 untuk melakonkan pertengkaran bagi menarik perhatian sasaran supaya tidak sedar pasukan serbuan akan menyerbu.

Setelah kereta berhenti dan lakonan pertengkaran, pasukan serbuan telah membuka pintu hadapan sebelah penumpang dan menangkap OKT, Thayalan A/L Subramaniam dan berlaku sedikit pergelutan di mana SP4 meminta bantuan SP9 untuk menggari OKT.

SP4 terus memeriksa (1) plastic putih (eksibit P36) yang diambil dari atas lantai kaki penumpang hadapan dan mengeluarkan (3) bungkusan suratkhabar yang setiap satu bungkusan mengandungi (1) plastic lutsinar mengandungi serbuk dan ketulan bewarna putih kotor dan (2) sampul coklat yang setiap satu sampul mengandungi (1) plastic lutsinar mengandungi serbuk dan ketulan warna kehijauan. Juga dirampas satu beg pakaian, eksibit P49 yang mengandungi pakaian. Berat kasar dadah tersebut adalah 2,266 gram.

 

 

 

 

 

SAKSI-SAKSI PENDAKWAAN

Untuk membuktikan kes terhadap OKT, pihak pendakwaan telah memanggil 11orang saksi iaitu:

 

SP1- L/Kpl Abdul Wahab Bin Awang Besar(Penjaga Stor)

SP2- L/Kpl Rohamiah(Jurufoto)

SP3-Pn. Rozita Bt. Zakaria (Ahli Kimia)

SP4- ASP Azli B. Mohd Noor (Pegawai Serbuan)

SP5- ASP Mahentharan (Pegawai kenderaan polis)

SP6-D/L/Kpl Mohd Faizal B. Mohd Ludin (Agent Provocatuer)

SP7- En. Wan Muda B. Wan Sulong(receptionist – hotel Regent)

SP8 – D/Sjn Zulkifli B. Ahmad (anggota serbuan)

SP9 – D/Si mohd Zaki B. Abd Rahman (anggota serbuan)

SP10 – Insp. Norzarinah Bt. Othman (pegawai penyiasat)

SP11 – ASP Mohd Zulkifli B. Mohd Isa (pegawai forensic handphone)

 

Semua saksi-saksi secara keseluruhannya telah memberikan gambaran cerita dalam kes ini dengan baik.Keterangan saksi-saksi terutama SP6 yang merupakan agent provocateuradalah kredibel, konsisten dan saling menyokong antara satu sama lain.

 

 

 

 


 



 

Menu Login




Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini24986
mod_vvisit_counterSemalam42546
mod_vvisit_counterMinggu ini231103
mod_vvisit_counterMinggu lepas257943
mod_vvisit_counterBulan ini24986
mod_vvisit_counterBulan lepas1099287
mod_vvisit_counterSehingga kini31333770

Kemaskini Terakhir

Jumaat, 31 Oktober 2014, 23:47

Polls

Sila beri penilaian Portal Web kami
 

Mobile Web

 Portal AGC
Scan QR code for
Mobile access

Pautan Lain

MyGovernment SPKP EPSA
PEMUDAH JKJR Government Transformation Programme
IIM BPH MyIdeas
MSC

SPR

MyEG

DBP