Attorney General's Chambers

  • increase font size
  • Default font size
  • decrease font size
  • red color
  • default color
  • green color
  • lilac color
  • turquoise color
Bahasa Malaysia
AGC Portal Bahagian Penyelidikan

Bahagian Nasihat Perundangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Emel Cetak
Objektif
 
Objektif Bahagian Nasihat Perundangan, KPDNHEP adalah seperti berikut-

  • memastikan nasihat dan pandangan perundangan yang diberikan berkaitan dengan apa-apa persoalan yang berbangkit di Kementerian adalah cepat, tepat dan selaras dengan Perlembagaan dan undang-undang bertulis yang dikuatkuasakan;
  • memastikan perjanjian dan dokumen perundangan lain menepati peruntukan undang-undang dan menjaga kepentingan Kerajaan;
  • memastikan draf Rang Undang-Undang dan Perundangan Subsidiari teratur dari segi gubalan dan perundangan serta tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan undang-undang lain;
  • memastikan siasatan dan kertas siasatan lengkap dan teratur bagi tujuan pendakwaan; dan
  • memastikan penyeliaan kes-kes sivil yang dibawa oleh dan terhadap Kementerian berjalan lancar dan menjaga kepentingan Kerajaan.
 
Fungsi
 
Fungsi Bahagian Nasihat Perundangan, KPDNHEP adalah seperti yang berikut:-

  • memberikan nasihat perundangan berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh mana-mana Bahagian, Agensi atau Unit di bawah KPDNHEP;
  • mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti perjanjian, memorandum persefahaman, perjanjian dua hala dan perjanjian pelbagai hala yang melibatkan Kementerian bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi;
  • menggubal atau menyemak Rang Undang-Undang atau Perundangan Subsidiari mengenai perkara di bawah seliaan Kementerian bagi memastikan ia mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh KPDNHEP;
  • memberikan nasihat dan arahan mengenai kertas siasatan dan pendakwaan yang dirujuk oleh Bahagian Penguat Kuasa, KPDNHEP;
  • menyelaraskan dan mengendalikan kes-kes sivil yang diambil oleh dan terhadap Kementerian;
  • menghadiri mesyuarat atas jemputan Kementerian dan memberikan nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh KPDNHEP menurut undang-undang;
  • menghadiri Parlimen apabila ia bersidang untuk memberikan apa-apa bantuan yang bersifat undang-undang apabila dikehendaki oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
 
 
 
 
 

 

Direktori

Menu Login




Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini27412
mod_vvisit_counterSemalam38621
mod_vvisit_counterMinggu ini101466
mod_vvisit_counterMinggu lepas253990
mod_vvisit_counterBulan ini736693
mod_vvisit_counterBulan lepas1151974
mod_vvisit_counterSehingga kini30946190

Kemaskini Terakhir

Selasa, 21 Oktober 2014, 15:45

Polls

Sila beri penilaian Portal Web kami
 

Mobile Web

 Portal AGC
Scan QR code for
Mobile access

Pautan Lain

MyGovernment SPKP EPSA
PEMUDAH JKJR Government Transformation Programme
IIM BPH MyIdeas
MSC

SPR

MyEG

DBP