Attorney General's Chambers

  • increase font size
  • Default font size
  • decrease font size
  • red color
  • default color
  • green color
  • lilac color
  • turquoise color
Bahasa Malaysia

Profil Peguam Cara Negara II

Emel Cetak
YBhg. Datuk Mohd. Yusof bin Hj. Zainal Abiden
  • Datuk Mohd. Yusof bin Hj. Zainal Abiden memiliki Ijazah LLB(Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1981. Beliau telah dilahirkan pada 6 Mei 1955 di Kampong Sg. Choh, Rawang, Selangor.
  • Datuk Mohd. Yusof telah menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada 2 Mei 1981 sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Melaka. Mulai pada 1 Ogos 1984 beliau menjawat pula jawatan Majistret di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan.
  • Pada 2 Mei 1986 beliau mendapat kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Undang-Undang Tingkatan Kanan.
  • Pada 15 Ogos 1987 Datuk Mohd. Yusof telah dilantik sebagai Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Seremban.
  • Beliau kemudiannya ditukarkan sebagai Timbalan Pendakwa Raya Melaka (Tingkatan Tertinggi ‘G’) pada 1 Julai 1988. Mulai 1 Julai 1989 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur.
  • Pada 16 Februari 1992 beliau seterusnya dinaikkan pangkat (Tingkatan Tertinggi ‘F’) dan ditukarkan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Shah Alam Selangor. Beliau telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 1 Ogos 1993.
  • Datuk Mohd. Yusof telah dinaikkan pangkat (Memangku Gred L1) sebagai Ketua Unit Bahagian Pendakwaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Julai 1994 dan seterusnya pada 1 November 1994 telah menjawat jawatan Ketua Unit Jenayah Perdagangan, Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur.
  • Pada 1 September 1997 beliau dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur.
  • Seterusnya, pada 1 Julai 1999 beliau dipinjamkan ke Suruhanjaya Sekuriti menjawat jawatan Pengarah, Bahagian Pematuhan dan Penguatkuasaan selama 3 tahun.
  • Selepas itu, pada 1 September 2000 beliau menjawat jawatan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur.
  • Pada 1 Ogos 2001 Datuk Mohd. Yusof telah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Putrajaya (Memangku Gred Utama ‘C’).
  • Datuk Mohd. Yusof telah dinaikkan pangkat ke Gred Utama ‘B’ sebagai Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Putrajaya pada 15 Februari 2002. Kemudiannya dinaikkan pangkat Gred Utama ‘A’ pada 25 September 2005 dan seterusnya Turus II pada 1 Mac 2008.
  • Pada 5 Januari 2009 beliau dilantik sebagai Peguam Cara Negara II.
 

YBhg. Datuk Mohd. Yusof bin Hj. Zainal Abiden

Kurniaan/Anugerah
Badan dan Jawatankuasa

Datuk Mohd. Yusof telah dikurniakan dengan Pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada 10 Mei 2000. Pada 22 Februari 2002, beliau dikurniakan Pingat Darjah Seri Melaka (DSM) dan pada 15 November 2002, beliau dianugerahkan pula Pingat Darjah Kebesaran Sultan Sharifuddin Idris Shah (DSIS) yang membawa gelaran ‘Dato’. Sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Dato’ Mohd. Yusof telah dikurniakan dengan Darjah Kebesaran Johan Mangku Negara (JMN). Pada tahun 2010, beliau telah mendapat pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran 'Datuk'.

  • Ahli Panel Penasihat Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia sejak 10 Ogos 2007.
  • Ahli Lembaga Indah Water Konsortium sejak 5 Januari 2009.
 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini4472
mod_vvisit_counterSemalam37750
mod_vvisit_counterMinggu ini135168
mod_vvisit_counterMinggu lepas60856
mod_vvisit_counterBulan ini443791
mod_vvisit_counterBulan lepas620034
mod_vvisit_counterSehingga kini23873909

Kemaskini Terakhir

Khamis, 24 April 2014, 15:46

Polls

Sila beri penilaian Portal Web kami
 

Mobile Web

 Portal AGC
Scan QR code for
Mobile access

Pautan Lain

MyGovernment SPKP EPSA
PEMUDAH JKJR Government Transformation Programme
IIM BPH MyIdeas
MSC

SPR

MyEG

DBP