Attorney General's Chambers

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • red color
  • default color
  • green color
  • lilac color
  • turquoise color
English
AGC Portal

Pengalaman Yang Tidak Mungkin Dilupakan

Email Print

Hendak dijadikan cerita, pada tahun 2000 saya mengalami pendarahan hidung selama 6 bulan.Saya anggap itu pendarahan biasa seperti saya pernah alami semasa kecil.Pada 22.2.2000 merupakan kemuncak kejadian dan tarikh yang tidak dapat saya lupakan dalam sejarah kehidupan saya.Akibat pendarahan pada hari tersebut,saya dimasukkan ke wad hospital selama seminggu.Semasa di wad hospital doctor memasukkan kapas sepanjang satu kaki bersama cecair ke dalam rongga hidung dan saya bernafas melalui mulut sepanjang berada di hospital.Tujuannya adalah untuk menghenti pendarahan.Berbagai soalan diajukan oleh doctor kepada saya.Antaranya;

( i ) Adakah anda merokok?

(ii ) Andakah anda meminum minum keras?

( iii ) Adakah anda menghidap ‘ sinus’ (radang bahagian hidung)?

(iv ) Adakah anda pernah menghadapi ‘hypertension’(tekanan darah tinggi)?

 

Semua soalan tersebut mendapat jawapan negatif daripada saya.Selepas seminggu,saya pun dikeluarkan dari hospital.Doktor memberi saya ‘sodium bicarbonate’(sejenis garam) dan peralatan pemancit untuk mencuci rongga hidung.Temujanji ditetapkan dua minggu selepas itu.

Bila saya keluar dari hospital,saya tertanya-tanya apakah penyebab pendarahan tersebut.

Saya mula terfikir untuk mencari rawatan alternatif untuk mengetahui penyebab dan mengubat pendarahan tersebut.Saya mendapat tahu terdapat seorang doctor homeopathi yang boleh mengubatinya.Saya terus berjumpa doctor berkenaan.Doktor berkenaan mengesahkan saya menghidap kanser hidung.Saya bertenang dan hati saya tetap tabah dan berkeyakinan bahawa setiap sakit itu ada ubatnya.Saya berpendirian bahawa saya harus berusaha berubat dan berserah kepada Allah.Selama tiga bulan saya menggambil ubat yang dibekalkan oleh doctor homeopathi.Saya berkeyakinan penuh dengan ubat berkenaan dengan mematuhi segala pantang larang dalam tempoh menggambil ubat itu.Antara pantang larangnya ialah ;

( i ) Tidak boleh minum air kopi dan teh,

( ii ) Tidak boleh minum minuman bergas

( iii ) Tidak boleh memakan makanan dan meminum minuman berasaskan kekacang seperti minyak masak dari kacang,makan makanan berjeruk,masam dan bermalaman.

Hari temujanji bersama doctor di hospital pakar di Unit Telinga,Hidung & Tekak(ENT) telah tiba.Berbagai proses terpaksa saya lalui.Antaranya membuat ujian ‘biopsi’(proses menggambil cebisan sampel tisu di bahagian hidung) ,pemeriksaan darah,X-ray,CT scan dan ultra sound .Selepas tiga bulan semua ujian tersebut selesai.Hasil ‘biopsi’ doctor mengesahkan sel kanser yang ditemui adalah jenis yang ‘malignant’(aktif).Doktor mengesahkan saya menghidap kanser rongga hidung (Nasopharynx cancer)tahap kedua.Pengesahan doctor hospital tersebut bagaikan satu hukuman yang dijatuhkan ke atas saya.Terdetik di hati saya apakah dosa saya.Syukur kepada Allah saya disahkan menghidap kanser pada tahap yang belum serius. Doktor memohon saya menandatangani borang membenarkan rawatan radioterapi dijalankan.Pada mulanya saya menolak dan selepas berfikir beberapa minit saya terima dan redha dan menurunkan tandatangan.Saya berserah kepada Allah.Saya dirujuk ke Unit Radioterapi untuk sesi persediaan rawatan radioterapi.Saya juga diminta membuat pemeriksaan gigi sebelum rawatan radioterapi.Dalam tempoh satu minggu sebanyak 5 batang gigi terpaksa dicabut untuk mengelak sebarang komplikasi semasa rawatan dan beberapa bulan selepas rawatan.

Semasa sesi radioterapi bermula,tempoh saya menggambil ubat homeopathi telah selesai.

Sesi radioterapi dan tempoh rawatannya merupakan sesi yang penuh dugaan dalam hidup saya.Masa tersebut saya hanya memifikir macamana untuk meneruskan kehidupan.Saya menjalani sesi radioterapi sebanyak 33 kali.Setiap sesi menggambil masa 3 minit setiap hari bekerja.Pada hari ke sepuluh saya masih boleh bertahan lagi.Saya hanya mengalami sakit di kepala.Saya hanya dibekalkan pil untuk menahan sakit.Sekali dalam seminggu selepas rawatan saya akan berjumpa doctor untuk pemantauan rawatan.Hari kesebelas dan seterusnya hari yang penuh dugaan dan saya hamper putus asa.Selera makan mula berkurangan.Badan mulai sakit dan kepala berasa pening.Saya bertanya kepada doctor apakah ubat yang boleh mengurangkan kesakitan kesan rawatan.Tiada ubat khas dan dinasihat supaya berehat dan menggambil pil menahan sakit.Pada hari ke lima belas ,kulit di leher dan tengkuk mulai mengelupas dan menjadi kehitaman.Separuh rambut di belakang saya mulai gugur.Saya mulai menghadapi masalah untuk makan.Sangat sukar untuk saya menelan makanan.Selain makanan yang keras,saya juga sukar untuk menelan air.Doktor member i saya sejenis ubat pemenat untuk memudahkan saya menelan makanan.Selama menjalani sesi radioterapi saya langsung tidak dapat memakan nasi termasuk nasi bubur kerana susah untuk menelannya.Akhirnya saya mencuba makanan serat lain iaitu Quaker oat.Saya merasa selesa dan terus mengamal makanan tersebut kerana ianya memberi tenaga kepada saya.

Semasa sesi radioterapi saya menggambil kesempatan berbual dengan pesakit lain bertanya khabar dan bertukar cerita.Pada saya berbaloi berkawan dengan orang senasib kerana mereka senang memahami perasaan dan tekanan hidup masing-masing.Saya akui ada kawan yang dapat meneruskan kehidupan dan ada juga yang separuh jalan.

Saya menghitung hari bila rawatan radioterapi akan berakhir.Saya bernasib baik kerana sesi radioterapi tidak dilanjutkan melebihi 33 kali.

Akhirnya selepas 33 kali ,sesi radioterapi pun selesai.Selesainya sesi radioterapi, saya masih berjumpa doctor di Unit Telinga,Hidung & Tekak( ENT) dan Unit Onkologi secara berkala (setiap 1 bulan,3 bulan,6 bulan & 1 tahun)untuk pemantauan penyakit dan kesan rawatan.

Kesan sampingan yang ketara selepas rawatan sehingga kini;

  • Saya hilang selera makan
  • Saya hilang deria merasa
  • Saya hilang deria mencium bau
  • Menghadapi kekeringan di bahagian mulut.

Semoga pengalaman ini boleh memberi pengetahuan kepada insan-insan lain.Begitulah kehidupan manusia.Sebagai insan kita akan menghadapi dugaan pada bila-bila masa dan di sebalik dugaan ada hikmahnya. Allah yang maha mengetahui.Saya terima kejadian dan ketentuan ke atas diri saya dengan penuh keredhaan.

Sekian.

(Penghargaan kepada pegawai/kakitangan yang perihatin dan memahami pengalaman saya)
Bahan Bacaan: NOSE CANCER oleh Dr Ibrahim Wahid(dikepilkan)

Disediakan Oleh,
Radzali Japarali,
Pembantu Undang-Undang
Jbtn Peguam Negara Malaysia,Sarawak.


 

Visitor Statistics

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday25130
mod_vvisit_counterYesterday41848
mod_vvisit_counterThis week25130
mod_vvisit_counterLast week277585
mod_vvisit_counterThis month1243726
mod_vvisit_counterLast month1268166
mod_vvisit_counterAll days27502774

Last Updated

Thursday, 24 July 2014, 10:36 AM

Polls

Please Rate Our Portal
 

Web Mobile

 Portal AGC
Scan QR code for
Mobile access

Other Links

MyGovernment SPKP EPSA
PEMUDAH JKJR Government Transformation Programme
IIM BPH MyIdeas
MSC SPR

MyEG

DBP