Fri04252014

Font Size

Profile

Menu Style

Cpanel

PENDAKWAAN BERNIAT JAHAT: TIDAK SELAMAT UNTUK DIPUTUSKAN MELALUI KETERANGAN AFIDAVIT

  • PDF

Dilaporkan oleh Idamasliza bt Maarof, Peguam Persekutuan, Bahagian Guaman

SHAH ALAM - 29 MAC 2013:

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan permohonan defendan yang terdiri dari Lans Koperal (130862) Kamal bin Rejeli, Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia untuk menukarkan saman pemula yang difailkan oleh plaintif kepada writ saman.

Terdahulu, plaintif telah memfailkan saman pemula untuk menuntut, antaranya, deklarasi bahawa pengeluaran saman trafik oleh defendan pertama terhadap plaintif adalah tidak sah dan pendakwaan terhadap plaintif berikutan pengeluaran saman tersebut terjumlah kepada pendakwaan berniat jahat. plaintif turut menuntut gantirugi am dan khas, gantirugi teruk dan teladan kerana kerugian wang ringgit, mengalami tekanan dan gangguan emosi serta malu akibat tindakan defendan.

YA Puan Hadhariah binti Syed Ismail dalam keputusannya berpendapat bahawa adalah tidak selamat untuk mahkamah memutuskan isu pendakwaan berniat jahat dan tuntutan gantirugi yang berkaitan dengan hanya berdasarkan keterangan melalui affidavit sebaliknya kedua-dua isu perlu dibuktikan menerusi perbicaraan penuh melalui pemeriksaan saksi-saksi.

Plaintif diwakili oleh Noor Hazury bin Zubir manakala defendan diwakili oleh Peguam Persekutuan, Idamasliza binti Maarof.

Online Advertisement

Ruang Iklan Untuk disewa

Online Advertisement

adv3

Online Advertisement

Ruang Iklan Untuk disewa

Contact Us

Bahagian Penyelidikan,
Jabatan Peguam Negara,
No 45, Persiaran Perdana,
Presint 4,62100 Putrajaya
Tel : 03-88722632 / 2771
Faks : 03-88905635
cncnews@agc.gov.my