Thu12182014

Font Size

Profile

Menu Style

Cpanel

KETUA POLIS NEGARA DIARAH MEMBAYAR FEE GETTING UP SEBANYAK RM 53,000

  • PDF

Dilaporkan oleh Mohammad Al-Saifi Bin Haji Hashim – Bahagian Guaman

SEREMBAN - 19 OKTOBER 2012:

Mahkamah Tinggi yang bersidang di sini telah membenarkan permohonan kajian semula kos seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang telah dibuang kerja untuk mengkaji semula keputusan Penolong Kanan Pendaftar bagi menaikkan "getting up fee" yang telah diawadkan sebanyak RM 33,000.

Mat Ghaffar Baba telah ditamatkan dari perkhidmatan oleh Ketua Polis Negara pada 5.10.2003 setelah didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah. Tidak berpuas hati dengan keputusan penamatan tersebut, Mat Ghaffar telah memfailkan guaman sivil di Mahkamah Tinggi Melaka dan tindakan undang-undang tersebut telah ditolak.

Walau bagaimanapun, pada 31.7.2003, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Mat Ghaffar. Prosiding enkuiri berkaitan jumlah gaji serta elaun tertunggak yang perlu dibayar pula dimuktamadkan pada 18 Februari 2011.

Mat Ghaffar yang diwakili oleh peguam Marisa Regina Aris Rizal memulakan prosiding bagi mendapatkan kos dan menuntut "getting up fee" sebanyak RM 260,000 dari Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Semasa prosiding awal taksiran kos, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Melaka telah membenarkan fee sebanyak RM 30,000 dan RM 3,000 masing-masing bagi prosiding terhadap liabiliti dan enkuiri dengan kadar 4% setahun yang dikira mulai 31 Julai 2003.

Dalam kajian semula, Penolong Kanan Pendaftar telah mengekalkan amaun "getting up fee" dan mengubah perintah berkaitan faedah yang harus dikira mulai tarikh keputusan taksiran kos iaitu 19 Ogos 2011 dan bukannya 31 Julai 2003.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Dato’ Zulkifli Bakar, mahkamah diberitahu bahawa amaun "getting up fee" yang dituntut adalah terlalu tinggi dan tidak setimpal dengan persediaan serta aktiviti-aktiviti kerja yang dilaksanakan. Pegawai polis tersebut juga telah diberi pampasan dan isu kerugian dari segi kekananan dan kenaikan pangkat tidak wajar dipertimbangkan kerana ianya merupakan hak prerogatif pengurusan Polis DiRaja Malaysia. Pada masa yang sama, tarikh bermula kadar faedah tidak harus dipinda.

Hakim Dato’ Zulkifli Bakar dalam penghakiman secara lisan berkata bahawa kes ini merupakan suatu kes “ordinary run of the mill” dan tidak melibatkan isu yang novel. Namun, Mahkamah dalam mengambil kira tahap kesukaran kes serta skil dan pengetahuan khusus peguam Aris Rizal Christopher Fernando semasa mengendalikan prosiding liabiliti, telah menaikkan amaun "getting up fee" dari RM 30,000 ke RM 50,000.00 bagi prosiding liabiliti tersebut. YA Hakim turut memutuskan bahawa tarikh pengiraan faedah adalah bermula dari tarikh 31 Julai 2003 sehingga penyelesaian penuh.

Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Mohammad Al-Saifi Haji Hashim.

Online Advertisement

Ruang Iklan Untuk disewa

Online Advertisement

adv3

Online Advertisement

Ruang Iklan Untuk disewa

Contact Us

Bahagian Penyelidikan,
Jabatan Peguam Negara,
No 45, Persiaran Perdana,
Presint 4,62100 Putrajaya
Tel : 03-88722632 / 2771
Faks : 03-88905635
cncnews@agc.gov.my