Dilaporkan oleh Norazura binti Mohd Mokhtar, Penasihat Undang-Undang - Jabatan Perdana Menteri
PUTRAJAYA - 27 SEPTEMBER 2012:
Akta Rukun Tetangga 2012 [Akta 751] telah mula berkuat kuasa pada 22 Jun 2012. Akta ini digubal bertujuan untuk mengawal selia perkara berkenaan Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela.
Antara peruntukan utama Akta ini berkaitan Rukun Tetangga adalah seperti pelantikan Ketua Pengarah Rukun Tetangga dan Pengarah Rukun Tetangga oleh YB Menteri; fungsi dan kuasa Ketua Pengarah Rukun Tetangga; kuasa Pengarah Rukun Tetangga untuk melantik Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga dan fungsi serta tugas Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga.
Manakala bagi Skim Rondaan Sukarela ia memperuntukkan mengenai penubuhan, perjalanan fungsi, keanggotaan, tugas, serta tata kelakuan anggota SRS.





