Logo
FAQ-BI   contact-us   MAKLUMBALAS-BI   sitemap   Menu

Photo Gallery

Lawatan Persatuan Mahasiswa Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa UniSZA Pada 4 Mac 2020

Bahagian Penyelidikan, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengendalikan satu sesi lawatan sambil belajar daripada Persatuan Mahasiswa Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke AGC. Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Persidangan, Aras 11, AGC pada 4 Mac 2020 (Rabu) bermula jam 2.30 petang – 4.30 petang. Lawatan ini telah disertai seramai 40 pelajar tahun 1 - 3. Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan serta mengetahui lebih mendalam sistem perundangan Malaysia, fungsi dan peranan serta tugas utama Bahagian-Bahagian di AGC. Puan Adilla binti Ahmad, Peguam Kanan Persekutuan, Bahagian Penyelidikan, AGC telah menyampaikan kata alu-aluan. Seterusnya rombongan tersebut diberi takliamt oleh Puan Norhayati binti Johar, Peguam Kanan Persekutuan, Bahagian Penyelidikan, AGC berkaitan sistem perundangan Malaysia. Taklimat seterusnya disampaikan oleh Puan Ain-nur A'miyerra Awod binti Abdullah, Peguam Kanan Persekutuan, Bahagian Penyelidikan, AGC berkaitan peranan dan fungsi Bahagian-Bahagian di AGC.  Seterusnya pelajar-pelajar dibawa melawat ke Perpustakaan Abu Yusuf Yaqub Al-Khidi, AGC. Taklimat disampaikan oleh Encik Mohd Haris bin Kasim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan, AGC. Sesi lawatan ini diakhiri dengan satu sesi bergambar kumpulan di Lobi Utama, AGC. Keseluruhan delegasi pelajar tersebut berpuas hati dan memberikan maklum balas positif sepanjang tempoh lawatan ke AGC.