Logo
FAQ-BI   contact-us   MAKLUMBALAS-BI   sitemap   Menu

Photo Gallery

Taklimat Arahan Keselamatan (Semakan & Pindaan 2017)

Bahagian Pengurusan, Jabatan Peguam Negara (AGC) selaku urus setia telah menganjurkan siri "Taklimat Arahan Keselamatan (Semakan & Pindaan 2017)". Majlis diadakan di Bilik Jamuan 1, Aras 11, AGC pada 6 Februari 2020 bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 87 orang peserta terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian, Timbalan-Timbalan Ketua Bahagian serta lain-lain pegawai perundangan pelbagai gred di Ibu pejabat telah hadir ke siri taklimat tersebut. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Julaila binti Engan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri. Objektif ceramah ini diadakan bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan mengenai pendedahan berkaitan dengan "Arahan Keselamatan (Semakan & Pindaan 2017)" dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, arahan yang perlu dipatuhi dan ditetapkan darjah-darjah keselamatan yang sama mengikut prinsip-prinsip tertentu untuk dilaksanakan oleh semua Jabatan Kerajaan bertujuan bagi mengawal rahsia-rahsia rasmi negara dengan berkesan.