Logo
FAQ-BI   contact-us   MAKLUMBALAS-BI   sitemap   Menu

Photo Gallery

Majlis Penyerahan Surau Ali Bin Abu Talib di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya pada 24 September 2020

24 September 2020 | Putrajaya 

Satu majlis penyerahan siap kerja surau Ali Bin Abu Talib di antara pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada Jabatan Peguam Negara telah berlangsung pada hari ini bertempat di Surau Ali Bin Abu Talib, Aras Concourse, Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani dokumen rasmi penyerahan siap kerja surau Ali Bin Abu Talib tersebut diantara Encik Ashaari bin Haji Hasan daripada Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya dan YBrs. Tuan Noor Mohd Huzaila bin Abdul Majid, Pengarah Bahagian Pengurusan, Jabatan Peguam Negara yang turut disaksikan oleh Encik Hadin Baharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Abad Kenanga Sdn. Bhd.