Logo
FAQ-BI   contact-us   MAKLUMBALAS-BI   sitemap   Menu

Photo Gallery

Lawatan Daripada Asian Law Student Association, Brickfields Asia College Pada 16 Januari 2020

Bahagian Penyelidikan, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengendalikan satu sesi lawatan sambil belajar daripada Asian Law Student Association, Brickfields Asia College (ALSA BAC)  ke AGC. Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Persidangan, Aras 11, AGC pada 16 Januari 2010 (Khamis) bermula jam 10.00 pagi – 12.00 tengah hari. Lawatan ini telah disertai seramai 40 pelajar. Objektif lawatan ini adalah untuk mengetahui lebih mendalam fungsi dan peranan serta tugas utama Bahagian Pendakwaan di AGC. YBrs. Nik Adura Hazlin binti Nik Ariffin, Peguam Kanan Persekutuan, Bahagian Penyelidikan, AGC telah menyampaikan kata alu-aluan. Seterusnya rombongan tersebut diberi takliamt oleh YBrs. Dr. Budiman Lutfi bin Mohamed, Timbalan Pendakwa Raya, Unit Jenayah Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Hasil Jenayah, Bahagian Pendakwaan, AGC berkaitan peranan dan fungsi Bahagian Pendakwaan di AGC. Sesi lawatan ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan bergambar kumpulan di Lobi Utama, AGC. Keseluruhan delegasi pelajar tersebut berpuas hati dan memberikan maklum balas positif sepanjang tempoh lawatan ke AGC.