Logo
FAQ-BI   contact-us   MAKLUMBALAS-BI   sitemap   Menu

Photo Gallery

Perhimpunan Suku Tahunan Bahagian Pengurusan, Jabatan Peguam Negara Pada 25 Februari 2020

Bahagian Pengurusan (BPEN), Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengadakan perhimpunan suku tahunan bilangan 1 Tahun 2020. Perhimpunan di adakan di bilik Jamuan 1, Aras 11, AGC pada 25 Februari 2020 (selasa) bermula seawal jam 9.00 pagi. Ia dihadiri oleh semua warga kerja BPEN. Majlis dimulai dengan nyanyian Lagu Negaraku, nyanyian lagu Malaysia Bersih dan nyanyian Lagu AGC. Majlis diteruskan dengan ucapan amanat oleh YBrs. Noor Mohd Huzaila bin Abdul Majid, Pengarah BPEN, AGC. Sesi perkongsian ilmu disampaikan oleh Encik Mohd Izhar Sapawi bin Ahmad. Majlis diteruskan lagi dengan makluman pegawai bertukar keluar, memperkenalkan  pegawai-pegawai baharu dan pegawai-pegawai yang akan bersara. Manakala Cik Yazmin binti Yusuf daripada Unit Koleksi dan Rujukan, Seksyen Pusat Sumber, BPEN diumum penerima Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Julai - September 2019. Majlis diakhiri dengan pengumuman perlantikan jawatankuasa Kelab BPEN bagi tahun 2020 yang mana undian dibuat atas talian.