Logo
FAQ-BI   contact-us   MAKLUMBALAS-BI   sitemap   Menu

Photo Gallery

Kursus Pelucuthakan Harta di Bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta 1988) (Akta 340) di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya pada 1 Oktober 2020


1 Oktober 2020 | Putrajaya 

Unit Jenayah Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Hasil Jenayah, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara telah mengadakan satu kursus Pelucuthakan Harta di Bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta 1988) (Akta 340) pada hari ini bertempat di Dewan, Aras 11, Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

Puan Nur Ashikin binti Mokhtar, Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menyampaikan taklimat dalam kursus tersebut. Taklimat pada sesi petang pula telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Muhammad Saifuddin bin Hashim Musaimi, Ketua Unit Jenayah Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Hasil Jenayah, Jabatan Peguam Negara. Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan mengenai proses pelucuthakan harta-harta hasil haram di bawah undang-undang yang berkaitan khususnya di bawah Akta 340.