Logo
FAQ-BI   contact-us   MAKLUMBALAS-BI   sitemap   Menu

Photo Gallery

The 19th ASEAN Senior Law Officials Meeting (ASLOM) di Hotel Marriott, Putrajaya pada 6 Oktober 2020

6 Oktober 2020 | Putrajaya 

Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara telah menghadiri The 19th ASEAN Senior Law Officials Meeting (ASLOM) pada hari ini bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya. Mesyuarat tersebut dianjurkan oleh Sekretariat ASEAN dan dipengerusikan oleh ASLOM-Myanmar.

YBrs. Puan Haliza Aini Dato’ Othman, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara telah mengetuai Delegasi Malaysia dalam mesyuarat tersebut yang berlangsung secara persidangan video. Delegasi Malaysia turut dianggotai oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.