Logo
FAQ-BI   contact-us   MAKLUMBALAS-BI   sitemap   Menu

Photo Gallery

Majlis Penghargaan & Jasamu Dikenang YBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali Abd Rahman Pada 19_02_2020

Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengadakan majlis rasmi Penghargaan & Jasamu Dikenang khas kepada YBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali bin Abd Rahman. Majlis diadakan di Dewan Tan Sri Abdul Kadir Yusof, Aras 3, AGC pada 19 Februari 2020. YBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali bin Abd Rahman merupakan Penasihat Perundangan Syariah, AGC. Sebagai menghargai sumbangan yang besar YBhg. Tan Sri di AGC, satu majlis bagi meraikan telah diadakan dan dihadiri Ketua-ketua Bahagian dan warga kerja Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, AGC. YBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman telah berkhidmat di AGC selama hampir 12 tahun bermula 1 April 2008 hingga 31 Disember 2019. Beliau pernah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1436H/2014M peringkat kebangsaan pada 25 Oktober 2014 (Sabtu). Pemilihan YBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali dibuat atas asas sumbangan beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global yang diiktiraf pelbagai pihak. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Dr. Arik Sanusi bin Yeop Johari, Ketua Bahagian, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, AGC. Diikuti ucapan oleh YBhg. Tan Sri Thommy Thomas, Peguam Negara Malaysia. Seterusnya ucapan yang diraikan iaitu YBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman. Bagi menyerikan lagi majlis YBhg. Tan Sri Peguam Negara sudi menyampaikan cenderahati sebagai kenang-kenangan kepada YBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali. Majlis diteruskan dengan tayangan Video montaj.