Logo
FAQ-BI   contact-us   MAKLUMBALAS-BI   sitemap   Menu

Photo Gallery

Majlis Bacaan Yassin dan Pembukaan Surau Ali Bin Abu Talib di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya pada 25 September 2020

25 September 2020 | Putrajaya 

Satu majlis bacaan Yassin dan pembukaan Surau Ali Bin Abu Talib anjuran Bahagian Pengurusan, Jabatan Peguam Negara bersama Kelab Kebajikan dan Rekeasi, AGC telah diadakan pada hari ini bertempat di Surau Ali Bin Abu Talib, Aras Concourse, Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan oleh YBhg. Dato' Abdul Razak bin Musa, Peguam Cara Negara, Jabatan Peguam Negara dan disusuli dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Tuan Nik Azrulnizam bin Mustapha. Hadir sama dalam majlis tersebut YBhg. Dato' Haji Nik Suhaimi bin Sulaiman, Ketua Bahagian Pendakwaan merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekeasi, AGC, YBrs. Tuan Noor Mohd Huzaila bin Abdul Majid, Pengarah Bahagian Pengurusan, Ketua-ketua Bahagian serta warga Jabatan Peguam Negara.