Logo
FB   Twitter   Blog   RSS   Tag Cloud   QR Code   Open Data   Menu

Management Division

  • Apakah dasar atau peraturan semasa yang boleh dirujuk berkaitan pengisian Borang LNPK?
    Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009
  • Siapakah yang perlu membuat LNPK?
    Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009, pegawai yang perlu mengisi borang LNPK adalah seperti berikut:

    1. Pegawai yang akan dipertimbangkan kenaikan pangkat setelah memangku sekurang-kurangnya 6 bulan. LNPK diperlukan dalam keadaan di mana LNPT tahun sebelumnya tidak menilai pegawai atas jawatan yang dipangku; dan

    2. Pegawai yang telah memangku melebihi 6 bulan dalam tahun semasa dan akan dipertimbangkan kenaikan pangkat sebelum urusan penilaian prestasi tahunan bagi tahun tersebut dilaksanakan pada hujung tahun.
  • Bagaimana untuk menentukan Pegawai Penilai (PP) dalam urusan LNPK?
    Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009, penentuan Pegawai Penilai (PP) dalam urusan LNPK adalah seperti berikut:

    1. PP perlu mempunyai hubungan kerja dan penyeliaan secara langsung dengan Pegawai Yang Dinilai (PYD); dan
    2. Tempoh penyeliaan tidak kurang daripada 6 bulan; dan
    3. Hanya memerlukan Pegawai Penilai Pertama (PPP) sahaja dalam menyediakan LNPK.
  • Berapakah wajaran markah bagi LNPK dalam urusan kenaikan pangkat jika digunakan bersama LNPT?
    Wajaran markah LNPK adalah 20% jika digunakan bersama LNPT. Penetapan wajaran markah LNPT adalah 80% daripada markah keseluruhan bagi tiga tahun berturut-turut, di mana penetapan peratusan untuk setiap tahun adalah 20% bagi tahun pertama, 35% bagi tahun kedua dan 45% bagi tahun ketiga.
  • Apakah rasional penggunaan LNPK?
    Penggunaan LNPK adalah untuk mendapatkan penilaian terkini berhubung prestasi semasa seseorang pegawai. LNPK diperlukan dalam keadaan di mana LNPT tahun sebelumnya tidak menilai pegawai atas jawatan semasa.
  • Apakah kegunaan lain LNPK selain urusan kenaikan pangkat dan pemangkuan?
    Mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009, kegunaan lain LNPK adalah seperti berikut:

    1. Latihan;
    2. Lantikan ke perkhidmatan lain;
    3. Pelantikan kontrak;
    4. Pinjaman; dan
    5. Tukar sementara.
  • Adakah pegawai lantikan kontrak perlu mengisi LNPT?
    Perlu kerana LNPT melibatkan semua kakitangan awam sama ada secara tetap, sementara atau kontrak.
  • Bagaimanakah LNPT bagi pegawai yang dilantik pada hujung tahun?
    Pegawai yang dilantik pada hujung tahun perlu mengisi LNPT selepas genap 6 bulan berkhidmat.
  • Berapa lamakah tempoh pelantikan kontrak?
    Tempoh pelantikan kontrak adalah antara 1 ke 3 tahun bergantung kepada keputusan Ketua Perkhidmatan .
  • Berapakah kelayakan cuti rehat bagi pegawai kontrak?
    Kelayakan cuti rehat bagi pegawai undang-undang kontrak ialah 25 hari.