Laman Utama
Profil JPN
Cawangan
Direktori
Hiperangkai
AGC Mel
Pautan Berkaitan
  Pusat Sumber
  • Pengenalan
  • Perkhidmatan
  • Koleksi
  • Perundangan Negeri-Negeri Selat/Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Pra 1950an (CD ROM)

       
     
     
     
    Versi B.Inggeris Peta Laman Dasar Privasi Dasar Keselamatan
    Selamat Datang ke Pusat Sumber
    Jabatan Peguam Negara
    Koleksi

    Koleksi Pusat Sumber kini berjumlah lebih daripada 48,676 jilid meliputi buku, laporan undang-undang, terbitan bersiri dan statut perundangan. Koleksi Pusat Sumber dikatalog dan diklasifikasikan mengikut Moys Classification and Thesaurus for Legal Materials   Ed. Ke4 dengan tajuk perkara mengikut Library of Congress Subject Headings. Judul-judul dalam koleksi Pusat Sumber boleh diakses melalui Katalog Atas Talian (OPAC) dalam laman web Jabatan Peguam Negara http://www.agc.gov.my dipermudahkan lagi dengan perkhidmatan pendigitan buku. Selaras dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi, Pusat Sumber menyediakan dan menggalakkan penggunaan pangkalan data perundangan atas talian untuk rujukan pegawai undang-undang seperti Lexis Nexis, Westlaw, CLJ Legal Network, LawNet dan CD-ROM Singapore & Malaysia Case Law Library dan Supreme Court Cases (India).

    Buku/Monograf

    Koleksi Pusat Sumber terdiri dari buku rujukan dan teks yang ditempatkan di rak terbuka dan boleh dipinjam. Buku/monograf dalam bidang perundangan merupakan sebahagian besar koleksi Pusat Sumber dan tidak ketinggalan juga buku-buku dalam bidang pengurusan, kepimpinan, teknologi maklumat dan PTK disediakan untuk kegunaan pegawai dan kakitangan.

    Laporan Undang-Undang

    Laporan undang-undang merupakan koleksi perundangan asas yang utama terdiri dari  koleksi kes-kes mahkamah yang dilaporkan dan sentiasa dirujuk sebelum ke mahkamah. Terdapat lebih dari 90 judul laporan undang-undang dalam koleksi Pusat Sumber seperti Malayan Law Journal , Current Law Journal, All England Law Reports dan Australian Law Reports. Terdapat juga kes-kes mahkamah yang tidak dilaporkan dan boleh dirujuk dalam bentuk CD ROM.

    Statut dan Perundangan

    Koleksi perundangan yang amat penting ini terdiri daripada Akta, Akta Pindaan (‘A’Series), PU(A), PU(B), PU, Ordinan, Enakmen dan koleksi Warta Kerajaan yang dilanggan setiap tahun. Koleksi Khas terdiri daripada perundangan lama Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebelum pra 1950an juga disediakan.

     
    Terbitan bersiri

    Terbitan bersiri merupakan sebahagian lagi daripada koleksi Pusat Sumber terdiri daripada jurnal, majalah, surat khabar dan buletin yang dilanggan dan kadang-kadang diterima sebagai hadiah. Pusat Sumber melanggan lebih daripada 70 judul jurnal dan majalah serta tujuh (7) judul surat khabar tempatan utama. Perbahasan Parlimen (Hansard) juga merupakan koleksi penting di Pusat Sumber.

     
    Koleksi Red Spot

    Sumber utama perundangan boleh dirujuk dalam Warta Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Koleksi penting statut dan perundangan meliputi Ordinan, Akta, Akta Pindaan, PU(A), PU(B), Enakmen dan PU Negeri, dan bahan rujukan seperti Mallal’s Digest dan Halsbury’s Laws of Malaysia yang kerap dirujuk adalah ditempatkan dalam Bilik Koleksi Red Spot untuk rujukan dalam Bilik tersebut sahaja. Memandangkan bilangan naskhah terhad, koleksi perundangan dan bahan-bahan ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh dipinjam.

     
    Koleksi Perundangan CD ROM

    Pusat Sumber juga mempunyai koleksi CD ROM perundangan seperti Singapore Malaysia Case Law Library yang mengandungi kes-kes yang dilaporkan (1932-2008) dan diterbitkan dalam Malayan Law Journal (MLJ) dan kes-kes tidak dilaporkan (1991-2008) MLJ Unreported, artikel-artikel undang-undang (1992-2008)  Malayan Law Journal dan kes-kes Singapore Law Report yang dilaporkan (1965-2008). Supreme Court Cases (India) juga disediakan oleh Pusat Sumber untuk rujukan pegawai undang-undang.

     
    Perundangan Negeri Negeri Selat/Negeri Negeri Melayu Bersekutu Pra 1950an

    Pusat Sumber Jabatan Peguam Negara Malaysia telah melaksanakan program pendigitan meliputi sebanyak 279 jilid Perundangan Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Pra 1950an dalam bentuk CD ROM dengan pencarian hypertext links, bagi tujuan mempercepatkan dan memudahkan pencapaian maklumat dan bahan-bahan tersebut. Pendigitan juga adalah untuk pemuliharaan bahan-bahan perundangan yang lama dan amat berharga dan masih digunakan. Senarai Perundangan Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Pra 1950an telah disusun dan disediakan oleh Pusat Sumber untuk rujukan.

     
    Penafian
    Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam laman web ini, tiada warranti sama ada nyata atau tersirat diberikan oleh Peguam Negara ataupun Kerajaan Malaysia tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Peguam Negara atau Kerajaan Malaysia tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunnaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.
    © Hak Cipta 2007 Jabatan Peguam Negara. Hak Cipta Terpelihara.