Senarai Perolehan Buku Pusat Sumber mulai tahun 2006 menyenaraikan buku–buku baru yang diperolehi dan telah siap dikatalog oleh Unit Pusat Sumber sehingga terkini. Senarai ini disusun bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Bahagian di Jabatan Peguam Negara serta menggalakkan pembacaan buku-buku baru yang telah diproses dan sedia untuk dirujuk dan dipinjam.
Senarai ini disusun mengikut pengarang/judul secara berabjad dan dikelasifikasikan mengikut Moys Classification and Thesaurus for Legal Materials 4th edition. Setiap judul buku yang disenaraikan disertakan dengan abstrak mengenai kandungan buku tersebut. Senarai perolehan ini juga boleh diakses melalui laman web Jabatan Peguam Negara http://www.agc.gov.my di bawah Sumber Maklumat. Pembaca juga boleh mengakses Katalog Atas Talian (OPAC)melalui laman web untuk judul-judul lain yang terdapat dalam koleksi Pusat Sumber. Untuk menyemak buku di atas rak bagi tujuan pinjaman, sila rujuk kepada No. Kelas, contoh KM 208.431 MAC mengikut susunan atas rak di Pusat Sumber.
Pusat Sumber juga telah menyediakan perkhidmatan pendigitan buku untuk setiap judul dalam searchable PDF format yang boleh diakses melalui OPAC. Maklumat yang telah di imbas adalah Book Cover, Preface, Table of Contents dan juga Abstract untuk memudahkan pemilihan buku.
Adalah diharapkan senarai ini dapat dimanfaatkan oleh semua pegawai Jabatan Peguam Negara dalam pencarian maklumat dengan mudah, cepat dan tepat.