Tugas Ahli Jawatankuasa Eksekutif Print E-mail
PERLEMBAGAAN KELAB - TUGAS AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF

9. Tugas Ahli Jawatankuasa Eksekutif

 
9.1
Jawatankuasa Eksekutif hendaklah terdiri daripada -
  
9.1.1
Mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif dan Mesyuarat Agung dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.
9.1.2
Mempunyai undi pemutus dan menandatangani minit-minit mesyuarat yang diluluskan; dan
9.1.3
Menandatangani cek bersama dengan Bendahari atau Setiausaha.
   
 
9.2
Naib Yang Dipertua
  
9.2.1
Membantu tugas-tugas Yang Dipertua; dan
9.2.2
Memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaan Yang Dipertua.
   
 
9.3
Setiausaha Kehormat
  
9.3.1
Bertanggungjawab mengendalikan segala urusan Kelab khususnya berkenaan surat menyurat dan menyimpan semua buku, risalah, kertas Kelab dan minit mesyuarat;
9.3.2
Bertanggungjawab menyimpan buku daftar ahli dan pemegang-pemegang jawatan yang lengkap dan kemaskini;
9.3.3
Menyediakan laporan tahunan untuk mesyuarat agung;
9.3.4
Bertanggungjawab mengeluarkan notis memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat;
9.3.5
Bertanggungjawab di atas kesempurnaan semua mesyuarat; dan
9.3.6
Menandatangani cek bersama-sama Yang Dipertua semasa ketiadaan Bendahari.
   
 
9.4
Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha dalam menjalankan tugas memangku jawatan itu semasa ketiadaannya dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa Setiausaha.
   
 
9.5
Bendahari Kehormat
  
9.5.1
Bertanggungjawab mengakaun bagi semua kumpulan wang Kelab, mengendalikan Akaun Bank Kelab dan ke atas semua perkara kewangan;
9.5.2
Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan menyimpan rekod yang kemaskini termasuk mengutip yuran keahlian dan yuran bulanan daripada ahli dan mengeluarkan resit untuk semua pembayaran yang dibuat kepada Kelab;
9.5.3
Menandatangani cek bersama Yang Dipertua bagi pihak Kelab;
9.5.4
Bertanggungjawab menyediakan penyata bagi semua pendapatan dan perbelanjaan sepanjang tempoh tahunan kewangan untuk dibentangkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
   
 
9.6
Penolong Bendahari hendaklah membantu Bendahari menjalankan tugas dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya bagi maksud itu hendaklah mempunyai semua kuasa Bendahari.
   
 
9.7
Ahli Jawatankuasa Biasa bertanggungjawab menjalankan apa-apa tugas yang diamanahkan oleh Jawatankuasa Eksekutif.
 
Tuesday, 09 February 2010

Login Form




RSS Feeds

AGC News and Current Events
Speeches

Visitor Statistics

We have 267 guests online

Hits

Content View Hits : 2340937

Last Updated

Tuesday, 09 February 2010, 11:51 AM