Status of Latest Cases & Decisions Print E-mail
Jabatan Peguam Negara
 
 
Disediakan oleh : ATHIRAH BINTI CHE ABU BAKAR
Diluluskan oleh : NIK SUHAIMI BIN NIK SULAIMAN

  1. M/S TAIKO METALS SDN BHD,
  2. M/S EDARAN KARISMA SDN BHD,
  3. M/S BOSJA MARKETING (M) SDN BHD 

PLAINTIF - PLAINTIFF

lawan

  1. PENGARAH KASTAM NEGERI JOHOR 
  2. KERAJAAN MALAYSIA

DEFENDAN-DEFENDAN

FAKTA KES:

Plaintif pertama ialah pengeksport barangan yang dideklarasi sebagai Zinc Scrap menggunakan lori JDU 1227 )milik plaintif kedua) dan WDU 3166 (milik plaintiff ketiga).

Defendan pertama telah menahan kedua-dua lori dan barangan tersebut yang kemudian dikenal pasti sebagai unwrought zinc.

Plaintif di dalam kes ini menuntut sejumlah kerugian seperti berikut;

  1. Plaintif pertama terpaksa membeli barangan tersebut (unwrought zinc) daripada defendan pertama dengan harga RM33,227.66.
  2. plaintiff kedua dan ketiga telah membeli semula lori-lori tersebut sebanyak RM36,000.00.
  3. plaintiff pertama terpaksa membayar gaji pemandu lori yang dirampas dari 25 September 2000 sehingga 22 November 2000 sebanyak RM33,000.00
  4. Plaintif pertama tidak dapat/telah ditahan untuk mengeksport barangan tersebut kepada pembelinya di Singapura dan dengan itu telah mengalami kehilangan keuntungan sebanyak RM30,000.00
  5. Plaintif kedua dan ketiga telah kehilangan pendapatan daripada menggunakan lori-lori tersebut sebanyak RM500 sehari bagi setiap hari selama 59 hari keseluruhannya yang berjumlah RM59,000.00

Defendan di dalam kes ini menyatakan bahawa barangan tersebut adalah sebenarnya unwrought Zinc dan bukan Zinc Scrap dan defendan pertama telah bertindak dengan betul kerana wujudnya satu kesalahan jenayah di bawah Akta Kastam 1967 dimana deklarasi adalah tidak benar.

STATUS KES:

Pada 25 November 2009, telah ditetapkan untuk perbicaraan dan koram adalah seperti berikut;

Coram: Tuan Hakim Abdul Ghafar Ab Latif

Plaintiff: Encik Balaskanda (Tetuan Zaman & Associates)

Defendan: Peguam Persekutuan Athirah Che Abu Bakar

Peguam plaintif ingin memohon penangguhan terhadap kes ini kerana ingin menunggu keputusan kes Jenayah bagi perkara ini yang sedang berlangsung di peringkat akhir kes dimana kes pembelaan telah selesai dan menunggu keputusan Hakim. Akan tetapi, Tuan Hakim bagi kes sivil ini tidak membenarkan penangguhan di atas alasan bahawa jika telah ditetapkan bicara, maka perbicaraan harus dijalankan juga. Oleh sebab Peguam Plaintif tidak bersedia dan tidak mempunyai saksi pada hari ini, maka Mahkamah telah membatalkan saman terhadap Defendan.


 



 
Tuesday, 09 February 2010

Login Form




RSS Feeds

AGC News and Current Events
Speeches

Visitor Statistics

We have 269 guests online

Hits

Content View Hits : 2340935

Last Updated

Tuesday, 09 February 2010, 11:51 AM