Laman Utama
Profil JPN
Cawangan
Direktori
Hiperangkai
AGC Mel
Profil JPN
 
  Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang
  • Carta Organisasi
  • Senarai Pesuruhjaya Penyemak dan Pembaharuan Undang-Undang
  • Pengenalan kepada Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 (Akta 1)
  • Senarai Undang-Undang yang telah/sedang disemak, dicetak semula dan dipeluaskan
  • Kertas Pembaharuan Undang-Undang
  • Proses Kerja
  • Aktiviti
  • Dalam Berita
     
  • No-Fault Liability
  • Legal Research Skills Course
  • Laporan Pesidangan
  • Laporan Tahunan
  • Direktori
       
     
     
     
    Versi B.Inggeris Peta Laman Dasar Privasi Dasar Keselamatan
    Bahagian Penyemakan dan
    Pembaharuan Undang-Undang
    PIAGAM PELANGGAN

    "Kami adalah komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan memastikan bahawa setiap undang-undang Malaysia yang diterbitkan adalah terkini, tepat dan menepati kehendak serta keperluan semasa. "

     
    Pesuruhjaya Penyemak dan Pembaharuan Undang-Undang : YBhg. Dato' Mary Lim Thiam Suan
     
    Dasar-dasar Utama Agensi

    Dasar utama Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang adalah:-

    1. Memastikan setiap undang-undang Malaysia adalah terkini, tepat dan menepati kehendak serta keperluan semasa; dan
    2. Memastikan pembaharuan undang-undang adalah selaras dengan perkembangan semasa.
     
    ISO & Pejabat Terbaik

    Pada 22 November 2005, sempena dengan Hari Integriti yang dianjurkan oleh Jabatan Peguam Negara, Bahagian ini telah dianugerahkan dengan yang berikut:

    1. Persijilan MS ISO 9000:2001 bagi skop aktiviti berhubung dengan Semakan, Cetak Semula, Peluasan, Penterjemahan dan Pembaharuan Undang-undang; dan
    2. Pejabat terbaik Jabatan Peguam Negara.
     
    Latar belakang Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang

    Bahagian ini pada asalnya ditubuhkan sebagai Bahagian Penyemakan Undang-Undang.  Fungsinya ialah untuk menyemak dan mencetak semula undang-undang mengikut Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1].  Pada bulan Julai 2002, Unit Penyelidikan Jabatan Peguam Negara telah digabungkan dengan Bahagian ini.  Semenjak itu, Bahagian ini telah dikenali sebagai Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang.  Pada tahun 2003,  11 Unit Semakan Negeri ditubuhkan di Semenanjung Malaysia bertujuan untuk menyemak dan mencetak semula undang-undang negeri.  Pada bulan Mei 2004, tugas penterjemahan undang-undang pra-1967 daripada bahasa Inggeris kepada bahasa kebangsaan telah diambil alih dari Bahagian Gubalan. 

     
    Visi

    Menjadikan Bahagian ini suatu Bahagian yang terunggul di Jabatan Peguam Negara, yang dikenali, diiktiraf dan dihormati di dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa.

     
    Misi

    Melaksanakan fungsi utama Bahagian berdasarkan kaedah yang sistematik, cekap dan berkesan dengan penglibatan penuh setiap warga Bahagian dengan menekankan kepada -

      1. tugas yang berlandaskan undang-undang;
      2. mengguna pakai teknologi ICT yang canggih dan terkini;
      3. meningkatkan pengetahuan dan pengalaman setiap warga melalui latihan yang berkesan; dan
      4. memupuk semangat budaya kerja yang cemerlang.
     
    Objektif

    Memastikan setiap undang-undang Malaysia adalah terkini, tepat dan menepati kehendak serta keperluan semasa.

     
    Fungsi-fungsi Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang

    Fungsi utama Bahagian ialah -

      1. mencetak semula semua undang-undang di dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris;
      2. menerbitkan teks undang-undang yang telah disemak;
      3. memperluaskan undang-undang yang terpakai di Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Wilayah-Wilayah Persekutuan;
      4. menterjemah undang-undang pra-1967 ke bahasa kebangsaan;
      5. menjalankan kajian bagi memodenkan undang-undang Malaysia agar selaras dengan perkembangan semasa dan globalisasi; dan
      6. menjalankan kajian bagi tujuan mengharmonikan undang-undang Malaysia dengan obligasi negara di peringkat antarabangsa.
      • Cetakan Semula Siri Undang-Undang Malaysia
        • Sebahagian besar fungsi Bahagian ini adalah untuk mencetak semula dan mengemas kini semua undang-undang Malaysia termasuklah undang-undang subsidiari.
        • Kuasa Pesuruhjaya untuk mencetak semula undang-undang adalah diperuntukkan melalui seksyen 14 Akta Penyemakan Undang-Undang 1968.
        • Bahagian ini telah mencetak semula 632 Akta yang telah dikemas kini dengan semua pindaan terkini, dalam 38 Jilid di bawah Siri Undang-Undang Malaysia termasuklah Perlembagaan Persekutuan.
      • Semakan Undang-Undang
        • Satu lagi fungsi utama Bahagian ini adalah untuk menyemak undang-undang pra-1969 termasuklah undang-undang subsidiari dan menjadikannya sebagai sebahagian dari Siri Undang-Undang Malaysia.
        • Kuasa Pesuruhjaya untuk menyemak undang-undang adalah diperuntukkan melalui seksyen 6 Akta Penyemakan Undang-Undang 1968. Setakat ini sebanyak 232 Akta telah disemak.
      • Peluasan dan Ubahsuaian
        • Bahagian ini juga diberi tanggungjawab menyediakan perintah peluasan dan ubahsuaian undang-undang yang telah terpakai di Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak selaras dengan seksyen 74 Akta Malaysia 1963 dan ke Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya selaras dengan Akta Perlembagaan (pindaan) 1973 [Akta A206],1984,[Akta A585] dan 2001 [Akta A1095].
        • Fungsi ini dijalankan atas permohonan yang dibuat oleh mana-mana Kementerian, Jabatan atau negeri yang berkenaan. Semenjak tahun 1963, sejumlah 281 akta yang terpakai di Semenanjung Malaysia telah diperluaskan dengan atau tanpa ubahsuaian ke Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya.
      • Terjemahan
        • Bahagian ini juga dipertanggungjawabkan untuk menterjemahkan undang-undang pra-1967 ke bahasa kebangsaan selaras dengan Akta Kebangsaan 1963/67 [Akta 32]. Undang-undang sebelum Akta Kebangsaan 1963/67 adalah dalam bahasa Inggeris.
      • Pembaharuan Undang-Undang
        • Seksyen Pembaharuan Undang-Undang dibahagikan kepada 3 unit iaitu Unit 1 mengendalikan perkara berkaitan Pemerintahan, Tanah dan Kerajaan Tempatan, Unit 2 mengendalikan perkara berkaitan dengan Jenayah, Kewangan dan Infrastruktur manakala Unit 3 mengendalikan perkara yang berkaitan dengan Sosial dan Sivil.
        • Setiap unit diberi tanggungjawab untuk mengenal pasti undang-undang yang lapuk, bertindih dan undang-undang yang perlu dimansuhkan, statut yang perlu digabungkan atau disatukan dan secara amnya sebagaimana yang dirujuk oleh Y. Bhg. Peguam Negara.
        • Berdasarkan rujukan dari Y. Bhg Peguam Negara, satu jawatankuasa ad-hoc akan ditubuhkan, yang terdiri daripada wakil dari pelbagai Badan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan, ahli akademik dan Majlis Peguam.
        • Ini untuk memastikan kajian yang dibuat mengambil kira pandangan dan pendapat semua pihak yang terlibat dengan undang-undang berkenaan sebelum laporan akhir dan cadangan pembaharuan dikemukakan kepada Y. Bhg Peguam Negara untuk kelulusan.
    Penafian
    Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam laman web ini, tiada warranti sama ada nyata atau tersirat diberikan oleh Peguam Negara ataupun Kerajaan Malaysia tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Peguam Negara atau Kerajaan Malaysia tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.
    © Hak Cipta 2007 Jabatan Peguam Negara. Hak Cipta Terpelihara.