Laman Utama
Profil JPN
Cawangan
Direktori
Hiperangkai
AGC Mel
Pautan Berkaitan
  Profil JPN
  • Peguam Negara Malaysia
  • Peguam Cara Negara Malaysia
  • Bahagian Penasihat
  • Bahagian Guaman
  • Bahagian Gubalan
  • Bahagian Pendakwaan
  • Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa
  • Bahagian Penyemakan & Pembaharuan Undang-undang
  • Bahagian Pengurusan
       
     
     
     
    Versi B.Inggeris Peta Laman Dasar Privasi Dasar Keselamatan
    Profil JPN
    Piagam Pelanggan

     

    "Kami adalah komited untuk memberi perkhidmatan perundangan yang terbaik kepada pelanggan dan kami sentiasa bertindak mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang dengan cekap, adil dan saksama. "

     

    Logo

    Secara amnya, logo jabatan menggambarkan neraca yang seimbang, melambangkan tugas-tugas dan tanggungjawab Jabatan Peguam Negara yang dijalankan dengan cekap, adil dan saksama.

    Neraca tersebut dipangku oleh bentuk seakan manusia yang melambangkan setiap kakitangan Jabatan yang diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab masing-masing dengan amanah, telus dan efisyen.

    Bentuk bulat mencerminkan Jabatan sebagai sebuah organisasi yang mantap, kukuh dan berupaya menghadapi sebarang cabaran dalam menjalankan tugas-tugasnya.

    Neraca tersebut bersandarkan lima garisan di bawahnya yang melambangkan bagaimana Jabatan menjalankan tugas-tugasnya berlandaskan lima prinsip Rukun Negara.

    Warna biru digunakan menandakan perpaduan erat di kalangan warga Jabatan manakala warna putih pula melambangkan ketelusan dan keikhlasan dalam memberi perkhidmatan kepada semua pelanggannya.

     

    Objektif

     

    Memberi perkhidmatan dan perundangan yang berkualiti dan akan sentiasa bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang dengan cekap, adil dan saksama.

     

    Fungsi-fungsi

     

    • Memberikan khidmat nasihat, termasuk memberi khidmat nasihat dalam bidang undang-undang antarabangsa dan syariah kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
    • Menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai apa-apa masalah perundangan yang timbul.
    • Menggubal semua perundangan untuk Kerajaan Persekutuan.
    • Memberikan arahan pendakwaan bagi kes-kes jenayah.
    • Mewakili Kerajaan di dalam semua kes-kes sivilnya.
    • Menguruskan penyemakan dan pencetakan semula undang-undang dan membuat kajian pembaharuan undang-undang.

     

       
    Penafian
    Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam laman web ini, tiada warranti sama ada nyata atau tersirat diberikan oleh Peguam Negara ataupun Kerajaan Malaysia tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Peguam Negara atau Kerajaan Malaysia tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunnaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.
    © Hak Cipta 2007 Jabatan Peguam Negara. Hak Cipta Terpelihara.